Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 September 2022.

1. Ismail Sabri ucap tahniah kepada Liz Truss

Ismail Sabri berharap dapat bekerjasama rapat dengan Truss dalam memperkukuhkan hubungan dua negara demi manfaat rakyat.

2. 'Sampai di sini sahaja" - Ucapan terakhir Boris Johnson di 10 Downing Street

"Sampai di sini sahaja," kata Boris Johnson dalam ucapan terakhirnya sebagai perdana menteri pada Selasa.


3. Ahli perniagaan Malaysia terlibat kes rasuah kapal tentera laut AS lari tahanan rumah

Seorang ahli perniagaan Malaysia yang terlibat dengan skandal rasuah Tentera Laut Amerika Syarikat melarikan diri dari tahanan rumah.


4. Dua maut, 10 hilang Taufan Hinnamnor landa Korea Selatan

Dua orang ditemui mati, manakala 10 lagi hilang selepas Taufan Hinnamnor melanda Korea Selatan, menurut ibu pejabat pusat bencana dan keselamatan kebangsaan pada Selasa.


5. Agong terima kunjungan hormat TPM Singapura Lawrence Wong

Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong.


6. Gempa bumi landa China, sekurang-kurangnya 46 maut

Sekurang-kurangnya 46 orang terbunuh manakala 16 lagi hilang selepas gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda barat daya China, Sichuan.


7. Cerita Sebalik Berita: Banjir mega lumpuhkan Pakistan

Presiden NGO Give Of Living Zulhilmi Karim berkata, keadaan di sana sangat teruk dan segalanya musnah terutama kediaman di tepi sungai dan lereng bukit. Katanya, bantuan tidak sampai kepada rakyat yang terjejas banjir.


8. Rusia batal perjalanan bebas visa untuk warga Jepun ke kepulauan Kuril Selatan

Ia sebagai tindak balas anti-Rusia oleh Jepun ekoran tindakannya terhadap Ukraine.


9. Henti spekulasi, tiada penggal ketiga untuk Presiden Jokowi

Desas-desus kononnya Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) akan dilantik semula ke jawatan itu untuk penggal ketiga disangkal Pejabat Kakitangan Presiden Indonesia (KSP).


10. Kebakaran | 4,400 anggota bomba terlibat operasi di California

Seramai 4,400 anggota bomba terlibat dalam operasi mengawal 14 kebakaran besar yang berlaku di sekitar California, Amerika Syarikat ketika ini. Menurut Timbalan Ketua Jabatan Perhutanan dan Perlindungan California, Anale Burlew, setakat Ahad sebanyak 45 kebakaran baharu dilaporkan.