ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 9 Januari 2021.
1) Pesawat Sriwijaya Air disahkan terhempas - Menteri Perhubungan Indonesia
Pesawat komersial Sriwijaya Air yang terputus hubungan selepas berlepas dari ibu kota Jakarta menuju ke Pontianak, disahkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta, hari ini.
Menteri Perhubungan Indonesia, Budi Karya Sumadi dalam siaran media menerusi webinar malam ini, berkata pesawat itu dipercayai terhempas di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasan perairan Kepulauan Seribu.
2) Tiada rakyat Malaysia dalam pesawat Sriwijaya terhempas di Indonesia - Kedutaan Malaysia
Tiada rakyat Malaysia di dalam pesawat Sriwijaya Air, yang dilaporkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu di Indonesia.
Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, pihak kedutaan telah dimaklumkan tiada warga Malaysia terbabit dalam nahas berkenaan.
3) Nahas Sriwijaya Air: Pasukan penyelamat fokus cari lokasi pesawat terhempas
Badan Pencarian dan Penyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) berharap dapat mengenal pasti lokasi pesawat Sriwijaya Air SJ-182 mungkin terhempas, malam ini.
Dalam satu sidang media sebentar tadi, BASARNAS berkata itu merupakan fokus mereka malam ini, sebelum proses mencari dan menyelamat dilakukan esok.
4) Nahas Sriwijaya Air: Nelayan dengar bunyi ledakan, nampak percikan api
Pesawat Sriwijaya Air yang terputus hubungan ketika dalam penerbangan dari Jakarta ke Pontianak pada Sabtu telah terhempas di sekitar Pulau Laki.
Perkara itu dinyatakan Bupati atau Ketua Daerah Kepulauan Seribu, Djunaedi, ketika menjawab soalan media yang mahukan pengesahan tentang insiden tersebut, lapor Kompas.com.
5) COVID-19: Jangkitan di Thailand melepasi 10,000 kes
Jumlah kes COVID-19 di Thailand telah melepasi 10,000 dengan 212 kes baharu dilaporkan hari ini.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi bagi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata daripada 212 kes baharu itu, 193 adalah penularan tempatan dan 19 kes import manakala sifar kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlahnya kepada 10,053 kes dan 67 kematian.
6) Ribut salji luar biasa badai Sepanyol, lapangan terbang Madrid ditutup
Ribut salji yang melanda Sepanyol membuatkan ribuan pemandu di negara itu terperangkap di dalam kenderaan masing-masing di atas jalan raya, berikutan banyak laluan dihalang pihak berkuasa manakala lapangan terbang Madrid juga ditutup.
7) Wad bersalin terbakar, 10 bayi maut
10 bayi dilaporkan maut selepas sebuah wad bersalin di sebuah hospital di Bhandara, Maharashtra, barat India, terbakar pada Sabtu.
8) COVID-19: Arab Saudi buka semula sempadan mulai 31 Mac
Kerajaan Arab Saudi dilaporkan akan membuka semula sempadan negaranya termasuk pelabuhan darat, laut dan ruang udara mulai 31 Mac ini.
9) COVID-19: Warga Malaysia antara tiga kes import gejala di Singapura
Seorang lelaki warga Malaysia berusia 50 tahun adalah antara tiga kes import gejala yang dilaporkan di Singapura pada Jumaat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu.
10) Twitter menutup akaun Donald Trump
Twitter Inc memaklumkan pada Jumaat telah menutup akaun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi mengelak tercetusnya keganasan berterusan.
Astro Awani
Sat Jan 09 2021
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran taska susulan insiden kecederaan, kematian bayi
Permohonan pendaftaran dua Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) di Selangor dan Sarawak yang terbabit dalam insiden kematian serta kecederaan bayi baru-baru ini akan diteliti semula.
AWANI Borneo [10/01/2025] - Percepat rundingan mudah cara | Kos RM70 juta | Murid tahun 1 hingga tingkatan 4
AWANI Borneo Jumaat 10 Januari 2025 bersama Nickyson Nyambar
Usaha jadikan Sarawak hab tenaga baharu rantau ini akan dibincang dengan PM Jepun.
Projek jalan baharu sekitar Baleh dijangka siap April 2027.
BAP bagi murid tahun 1 hingga tingkatan 4 diagih bermula 13 Januari.
Usaha jadikan Sarawak hab tenaga baharu rantau ini akan dibincang dengan PM Jepun.
Projek jalan baharu sekitar Baleh dijangka siap April 2027.
BAP bagi murid tahun 1 hingga tingkatan 4 diagih bermula 13 Januari.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Tenaga Buruh (November 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan Tenaga Buruh (November 2024).
Projek jalan baharu sekitar Baleh dijangka siap April 2027
Projek pembinaan jalan sepanjang 7 kilometer membabitkan dua buah jambatan itu menelan belanja kira-kira RM70 juta yang ditender semula untuk dilaksanakan oleh kontraktor penyiap memandangkan kontraktor asal telah ditamatkan kontraknya.
AGC kaji bangunkan unit bahagian rayuan dan perbicaraan bagi Sabah,Sarawak
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mengkaji keperluan untuk menubuhkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah dan Sarawak tahun ini, khusus untuk rayuan kes-kes jenayah dengan mengambil kira semua faktor dan melibatkan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang mahir dan berpengalaman
KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran TASKA
Permohonan pendaftaran dua Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di Selangor dan Sarawak yang terbabit dalam insiden kematian serta kecederaan bayi baru-baru ini akan diteliti semula.
56,044 orang terima bantuan bulanan JKM Sarawak pada 2024
Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata kerajaan Sarawak telah menyalurkan lebih RM258 juta dari Januari hingga Disember lepas bagi tujuan berkenaan.
Cadangan jadikan Sarawak hab tenaga baharu tepat
Cadangan menjadikan Sarawak sebagai hub tenaga baharu di rantau ini selari dengan agenda Sarawak yang kini memusatkan 70 peratus penggunaan tenaganya berdasarkan tenaga hijau.
Kerjasama hidrogen PETRONAS, Petros diharap dapat tepati tarikh akhir mudah cara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap projek kerjasama tenaga hidrogen bersih antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS), Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan pihak konsortium Jepun diharap dapat dimudah cara menjelang Mei tahun ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Januari 2025.