ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 13 November 2020.
1) Helikopter tentera terhempas di Mesir, 8 anggota pasukan pengaman maut
Mereka terdiri daripada enam warga AS dan masing-masing seorang warga Perancis dan Republik Czech, kata MFO dalam satu kenyataan seperti dilaporkan Reuters.
Kejadian itu diklasifikasikan sebagai kemalangan mengejut dan siasatan awal tidak menemui tanda-tanda helikopter itu diserang.
2) Protes Thailand: Sami Buddha dilarang sertai demonstrasi
Pejabat Buddha Kebangsaan (NOB) Thailand mengeluarkan perintah baharu yang melarang sami agama Buddha daripada menyertai sebarang protes di dalam negara.
Menurut ketua pengarah NOB Narong Songarom, sami yang ingkar bakal berdepan tindakan penamatan keahlian.
3) COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 52.5 juta, korban hampiri angka 1.3 juta
JUMLAH kumulatif kes positif global COVID-19 kini melepasi angka 52.55 juta.
Ini berikutan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
4) COVID-19: Pengasas BioNTech puas hati keberkesanan vaksin sehingga 90 peratus
PENGASAS dan juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat farmaseutikal BioNTech gembira dan berpuas hati dengan ujian klinikal vaksin yang dihasilkan bersama syarikat Amerika Syarikat (AS) Pfizer yang menunjukkan kadar keberkesanan lebih 90 peratus dalam mencegah jangkitan COVID-19.
Menerusi temu bual bersama Sky News, Profesor Ugur Sahin memaklumkan vaksin tersebut akan diedarkan pada pertengahan Disember di United Kingdom.
5) Parti pimpinan Aung San Suu Kyi menang besar
PARTI Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi, menang besar selepas memperoleh majoriti mutlak dalam Pilihan Raya Umum Myanmar.
Keputusan rasmi pilihan raya umum yang dikeluarkan pada Jumaat mengesahkan, NLD memperoleh 322 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.
6) COVID-19: Britain mahu pastikan Brexit tidak ganggu rantaian bekalan vaksin
Kerajaan Britain sedang berkomunikasi dengan rangkaian perniagaan bagi memastikan langkah Brexit tidak menganggu rantaian bekalan.
Kenyataan itu dikeluarkan Setiausaha Perniagaan Britain, Alok Sharma sebagai jawapan kepada persoalan mengenai impak Brexit terhadap pengedaran vaksin COVID-19 di masa depan.
7) COVID-19: Itali umum rakyat bakal terima vaksin pada Januari 2021
Itali mengumumkan individu pertama di negara itu yang akan menerima vaksin COVID-19 pada penghujung Januari tahun depan.
Pesuruhjaya Kecemasan COVID-19 Itali, Domenico Arcuri berkata sebanyak 1.7 juta vaksin akan disediakan pada masa itu.
8) COVID-19: Solidariti vaksin untuk negara-negara miskin
Kerajaan Eropah dan Yayasan Bill and Melinda Gates berikrar menyediakan ratusan juta dolar untuk dana kecemasan bagi usaha global bertujuan memastikan vaksin COVID-19 disediakan dengan pantas untuk negara-negara miskin.
Dana itu akan digunakan untuk usaha pembangunan dan pengedaran vaksin yang diselaraskan oleh program di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Act-Accelerator.
9) COVID-19: Australia pula umum vaksin selamat dan berkesan
Ujian awal terhadap vaksin COVID-19 yang berpotensi dibangunkan Universiti Australia dan CSL Ltd didapati selamat dan menghasilkan tindak balas antibodi, kata Menteri Kesihatan Australia, Greg Hunt, pada Jumaat.
Kata Hunt, walaupun sedikit di belakang calon lain, vaksin dikembangkan University Queensland dan CSL kini akan memulakan tahap terakhir ujian.
10) COVID-19 bukan alasan lautan manusia sambut kepulangan Habib Rizieq
Ketika wabak COVID-19 masih belum memperilhatkan tanda-tanda akan reda di Indonesia, himpunan lautan manusia yang menyamput kepulangan ulama tersohor negara itu, Rizieq Shihab mencetus perdebatan panjang.
Pada Selasa lalu, Rizieq yang tiba di Jakarta selepas beberapa tahun menetap di Arab Saudi disambut kepulangannya seperti seorang wira di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno – Hatta.
Khairunnisa Kasnoon
Fri Nov 13 2020
Berikut adalah antara berita global yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 13 November 2020
Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid
Kini terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara.
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 29 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Jun 2024.