ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 Februari 2021.

1. Thailand lancar kempen mencari jodoh untuk galakkan kadar kelahiran

Thailand melancarkan kempen mencari jodoh selepas kadar kelahiran merosot ke tahap paling rendah iaitu 1.51 anak bagi setiap wanita pada tahun lepas, jauh lebih rendah berbanding penggantian populasi pada kadar 2.1 kelahiran bagi setiap wanita.

2. COVID-19 di Indonesia: 6,765 kes baharu direkodkan, 247 kematian

Sehingga jam 12 tengah hari Ahad (14 Februari), Indonesia mencatatkan sejumlah 6,765 kes baharu jangkitan virus korona, menurut data agensi pengurusan COVID-19 negara itu.

Setakat ini, republik berkenaan sudah merekodkan jumlah keseluruhan kes positif seramai 1,217,468 kes. Angka terbaru itu adalah berdasarkan hasil ujian saringan terhadap 35,894 spesimen dalam 24 jam terakhir.

3. Buaian taman tema terhempas ketika beroperasi, 16 cedera

Sekurang-kurangnya 16 pengunjung sebuah taman tema cedera, tiga daripadanya kritikal, selepas buaian dinaiki mereka terhempas ketika beroperasi.

4. New Zealand kesan penularan baharu wabak COVID-19

New Zealand pada Ahad mengesahkan penemuan kluster baharu wabak COVID-19 di negara itu.
Kluster terbabit dikenal pasti pada tiga sekeluarga di mana ibu dan anak perempuan diuji positif pada Sabtu manakala suami wanita itu dikesan positif pada Ahad.

5. Protes antikerajaan bertukar ganas di Bangkok

Penunjuk perasaan antikerajaan Thailand kembali melakukan protes jalanan di Bangkok pada Sabtu, di mana mereka berkumpul di Monumen Demokrasi susulan penahanan empat pemimpin tunjuk perasaan baru-baru ini yang didakwa di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan negara itu, yang juga dikenali sebagai lese-majeste kerana menghina monarki dalam demonstrasi tahun lalu.

6. Kilang minuman keras dipercayai tertua dunia dijumpai di tapak arkeologi Mesir

Sekumpulan ahli arkeologi berjaya menemukan sebuah tapak dipercayai kilang minuman keras tertua di dunia di salah satu tapak arkeologi Mesir purba.

Menurut Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Barangan Antik, Mostafa Waziri, kilang itu ditemui di Abydos, sebuah tanah perkuburan lama yang terletak di padang pasir di barat Sungai Nil di selatan Kaherah.

7. Ebola: 4 dilapor meninggal dunia di Guinea, korban pertama sejak 2016

Empat individu dilapor menjadi korban wabak Ebola yang dipercayai tercetus semula di Guinea.

Menteri Kesihatan Guinea, Remy Lamah memaklumkan insiden kematian itu amat membimbangkan kerana wabak yang muncul semula selepas lima tahun dari 2013 hingga 2016 itu telah meragut 11,300 nyawa.

8. Baka kuda Akhal-Teke, unik dengan pelbagai warna

KITA biasa melihat kuda dari pelbagai jenis baka dengan pelbagai warna; hitam, coklat, putih dan belang putih hitam. Tetapi pernahkah anda mendengar tentang baka kuda Akhal-Teke?

9. Lebih 25 kereta terlibat kemalangan berantai di Itali, dua maut

Satu kemalangan berantai yang melibatkan sekurang-kurangnya 25 kereta menyebabkan kesesakan luar biasa di lebuh raya berhampiran Turin, Itali.

10. Trump bebas tuduhan: Speaker Dewan sifatkan Senat Republikan 'pengecut'

Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi menyifatkan anggota Senat Republikan sebagai pengecut susulan keputusan perbicaraan yang membebaskan bekas presiden Donald Trump.