Bekas Presiden Peru, Alberto Fujimori yang dipenjara 25 tahun kerana sabitan kesalahan membunuh 25 orang, mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada warga Peru, dua hari selepas dia diberi pengampunan khas.
"Saya memahami polisi ketika pemerintahan saya diterima baik oleh sesetengah pihak, tetapi saya mengakui pada satu sisi lain, saya juga telah mengecewakan ramai pihak, dan kepada mereka saya memohon maaf," kata Fujimori dalam keadaan terlantar di katilnya.
Fujimori dikejarkan ke hospital pada Isnin kerana masalah jantung.
Presiden Peru Pedro Pablo Kuczynski kemudian mengumumkan memberi pengampunan khas kepada Fujimori, atas faktor kesihatan dan jasa Fujimori selama ini kepada negara.
Fujimori, kini berusia 79 tahun disabit kesalahan pertama pada 2009 dan dihukum penjara 25 tahun atas peranannya dalam pembunuhan 25 orang, termasuk kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, ketika kempen menentang kumpulan pengganas berhaluan kiri, Shining Path.
Beliau kemudian disabit dengan empat lagi kesalahan, termasuk tuduhan membiaya skuad khas untuk membunuh orang awam yang didakwa menjadi anggota Shining Path.
Fujimori sudah menjalani hukuman penjara selama 12 tahun.
Presiden Kuczynski dalam ucapan ketika mengumumkan pengampunan ke atas Fujimori menegaskan sudah tiba masanya rakyat Peru membuka lembaran baru.
Beliau menyifatkan mereka yang percaya kepada demokrasi tidak boleh membenarkan Fujimori mati di dalam penjara.
Pengumuman pengampunan ke atas Fujimori mengundang protes besar-besaran, dan disifatkan usaha menyelamatkan masa depan politik Presiden Kuczynski.
Astro Awani
Tue Dec 26 2017
Bekas Presiden Peru, Alberto Fujimori yang dipenjara 25 tahun mengemukakan permohonan maaf terbuka kepada warga Peru - REUTERS
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
[TERKINI] Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
Bekas pemimpin Peru Alberto Fujimori meninggal dunia
Bekas pemimpin Peru, Alberto Fujimori, yang dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun atas kesalahan rasuah dan pencabulan hak asas manusia meninggal dunia pada usia 86 tahun pada Rabu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bekas Presiden Peru Fujimori dibebaskan
Keputusan yang diterbitkan pada Khamis itu menunjukkan bahawa 4-3 setuju untuk membebaskan Fujimori.
Bekas Presiden Peru Alberto Fujimori mohon maaf kepada rakyat
Bekas Presiden Peru, Alberto Fujimori yang dipenjara 25 tahun kerana sabitan kesalahan membunuh 25 orang, mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada warga Peru.