WELLINGTON: Bekas Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern menerima satu daripada anugerah tertinggi negara sempena ulang keputeraan diraja pada Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Ardern, yang meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Januari, telah dilantik sebagai "Dame Grand Companion of the New Zealand Order of Merit" atas sumbangan beliau kepada negara.
Ini merupakan anugerah kedua tertinggi selepas Order of New Zealand, yang hanya dianugerahkan kepada 20 orang yang masih hidup.
Ardern, sebelum ini pernah menyatakan bahawa beliau percaya negara ini akan menjadi sebuah republik dalam hayatnya, berkata beliau "teragak-agak" untuk menerima anugerah itu.
"Tetapi saya telah mendengar saranan ramai rakyat New Zealand untuk menerima anugerah ini. Jadi bagi saya, ini adalah satu cara untuk mengucapkan terima kasih - kepada keluarga saya, kepada rakan sekerja, dan kepada orang-orang yang menyokong saya dalam melaksanakan peranan yang paling mencabar dan memberi kepuasan dalam hidup saya," katanya dalam satu kenyataan.
Ardern diberi pengiktirafan atas perkhidmatannya semasa berdepan beberapa "cabaran terbesar yang dihadapi negara", kata Perdana Menteri Chris Hipkins.
"New Zealand bertindak balas terhadap serangan pengganas pada 2019 (di Christchurch) dan pandemik COVID-19 merupakan cabaran yang hebat bagi Perdana Menteri ke-40 kita, di mana saya sendiri melihat bahawa komitmennya kepada New Zealand adalah mutlak."
Ardern turut memberi tumpuan terhadap pengurangan kemiskinan kanak-kanak di New Zealand.
Beliau turut tersenarai dalam kategori "50 Pemimpin Terhebat Dunia" oleh Majalah Fortune pada 2021. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023

Jacinda Ardern, yang meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Januari, telah dilantik sebagai "Dame Grand Companion of the New Zealand Order of Merit" atas sumbangan beliau kepada negara. - Gambar fail AP

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rakyat New Zealand mengundi hari ini untuk pilih perdana menteri baharu
Rakyat New Zealand keluar mengundi pada pilihan raya umum, susulan peletakan jawatan mengejut bekas perdana menteri Jacinda Ardern.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bekas PM New Zealand Jacina Ardern dilantik sebagai Dame
Dame Grand Companion of the New Zealand Order of Merit merupakan anugerah kedua tertinggi selepas Order of New Zealand, yang hanya dianugerahkan kepada 20 orang yang masih hidup.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Jacinda Ardern contoh terbaik 100 hari pertama pengurusan negara - Penganalisis politik
Beliau melaksanakan langkah penyelesaian multidimensi dan membina momentum untuk pastikan kelangsungan pelaksanaan agendanya.

Chris Hipkins dilantik sebagai Perdana Menteri ke-41 New Zealand
Hipkins, 44, yang merupakan bekas Menteri Tindak Balas COVID-19 dan Menteri Polis dipilih oleh Parti Buruh secara rasmi Ahad lepas.

New Zealand: Jacinda Ardern buat penampilan terakhir sebagai Perdana Menteri
"Saya ingin anda tahu bahawa saya meninggalkan tugas ini dengan penuh rasa sayang yang tidak terhingga untuk Aotearoa New Zealand."

PM baharu New Zealand: Chris Hipkins dipilih ganti Jacinda Ardern
Hipkins akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-41 New Zealand pada Rabu ini.

Chris Hipkins dijangka ganti Jacinda Ardern sebagai PM baharu New Zealand
Hipkins yang berusia 44 tahun pertama kali dipilih sebagai Ahli Parlimen untuk Parti Buruh pada 2008.

PM New Zealand Jacinda Ardern umum letak jawatan
Ardern meletak jawatan pada usia 42 tahun, selepas lima tahun lebih memegang jawatan tertinggi negara itu.