JAKARTA: Bekas Gabenor Jawa Barat Ridwan Kamil pada Isnin secara rasmi diisytiharkan sebagai bakal calon untuk Pilihan Raya Gabenor Jakarta akan datang.

Ridwan Kamil, yang merupakan ahli Parti Golkar, akan bertanding dalam pemilihan itu bersama-sama ahli Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Suswono.

Pasangan regu Ridwan Kamil-Suswono itu disokong Gabungan Koalisi Indonesia Mmaju (KIM) Plus, yang menyokong Presiden Terpilih Prabowo Subianto dalam Pilihan Raya Presiden baru-baru ini dan beberapa parti lain.

Anggota gabungan itu ialah Parti Gerindra (PSI), Parti Demokrat, Parti Golkar (PAN), Parti Garuda, dan Parti Gelora.

Selain itu, gabungan itu juga terdiri daripada beberapa parti yang bukan sebahagian daripada Gabungan Indonesia Maju iaitu Parti Pembangunan Bersatu (PPP), Parti Kebangkitan Negara (PKB), Parti Nasdem, Parti Perindo, dan Parti Keadilan Sejahtera (PKS).

Naib Presiden Terpilih Gibran Rakabuming Raka dilihat turut hadir dalam acara pengisytiharan sokongan Ridwan Kamil dan Suswono akan mendaftar sebagai pasangan calon gabenor di Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) pada 27 hingga 29 Ogos 2024.

Untuk menamakan calon, syarat undian 20 peratus kerusi DPRD perlu dipenuhi.

Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) adalah satu-satunya parti yang mempunyai kerusi di DPRD Jakarta yang bukan sebahagian daripada Gabungan Koalisi Indonesia Maju (KIM) Plus.

Ridwan Kamil-Suswono juga berdepan kemungkinan bertanding melawan 'kotak kosong' atau calon bebas pada Pilihan Raya Gabenor Jakarta.