Penyandang Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, akan didakwa ke mahkamah sebagai penista agama ekoran kenyataannya yang memetik surah Al-Maidah semasa bertemu pengundi di Kepulauan Seribu di sini dua bulan lepas.
Ketua Polis Republik Indonesia Tito Karnavian memberitahu pemberita di sini hari ini, pasukan khas siasatan dianggotai 27 orang termasuk ulama, pakar bahasa dan pakar psikologi, mendapati Ahok dituduh menistakan agama Islam.
Terdapat perbezaan pendapat antara ahli bahasa dan tokoh agama tetapi majoriti anggota pasukan penyiasat berpendapat Ahok harus didakwa atas kenyataannya yang menyentuh tafsiran Al-Quran itu, katanya yang dipetik oleh media-media dalam talian.
Ahok akan mempertahankannya jawatannya sebagai Gabenor Jakarta pada Pilihan raya Ketua Daerah (Pilkada) Februari 2017 dan dicabar oleh dua calon iaitu Anies Bsawedan dan Agus Harimurti Yudhoyono.
Dalam ucapannya di Kepulauan Seribu itu, Ahok didakwa meminta umat Islam supaya tidak terpedaya dengan pihak menggunakan ayat 51 surah Al-Maidah dalam Al-Quran yang menyebut umat Islam dilarang memilih orang bukan Islam menjadi pemimpin mereka.
Kenyataan Ahok itu telah mencetus kemarahan umat Islam di Indonesia dan ratusan ribu umat Islam menganjurkan demonstrasi membantah Ahok di ibu kota Jakarta pada 4 Nov lepas.
Tito berkata Ahok akan didakwa di bawah Undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik dan kesnya akan berlangsung di mahkamah secara terbuka. Undang-undang itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam tahun dan denda Rp1 miliar (kira-kira RM300,000).
Sementara itu, Ketua Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) Jakarta, Sumarno pula berkata status Ahok sebagai tertuduh tidak menjejaskan haknya untuk bertanding dalam Pilkada sehingga jika beliau didapati bersalah.
Katanya Ahok masih bebas untuk berkempen dan dalam masa yang sama beliau harus hadir ke mahkamah bagi menjalani proses perbicaraan.
Ahok pula dalam reaksinya dipetik sebagai berkata beliau akan menghadapi tuduhan itu dan yakin dirinya tidak bersalah kerana telah difitnah.
"Saya akan membela diri di mahkamah dan akan menghadapi sebarang tuduhan, saya tidak bersalah, saya tiada langsung bermaksud untuk menista agama," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 16 2016

Ahok akan mempertahankannya jawatannya sebagai Gabenor Jakarta pada Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) Februari 2017. - Foto Reuters

MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan
MAIWP menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang membolehkan program kebajikan seperti ini diteruskan.
#AWANIRingkas 14 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas

Cabaran Malaysia di All England berakhir
Cabaran Malaysia dalam saingan badminton All England berakhir selepas dua wakil terakhir negara, tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.

Terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud: Pesara rugi RM2.3 juta
Seorang pesara terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.3 juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.

Bebas dari penjara, Ahok tukar nama dan bakal kahwin
Beliau mahu menjenamakan semula personalitinya dengan anggilan BTP (singkatan bagi Basuki Tjahaja Purnama).

Ahok kekal dalam penjara selepas rayuan ditolak mahkamah Indonesia
Jurucakap mahkamah pada Isnin memberitahu, ahli politik itu akan terus menjalani hukuman penjara dua tahun.

Bekas Gabenor Jakarta diberi pengampunan khusus sempena Krismas
Ahok yang sedang menjalani hukuman penjara dua tahun diberikan pengampunan khusus untuk berada di luar penjara bagi menyambut perayaan Krismas Isnin lalu.

Isu Ahok: Media Malaysia, antarabangsa suarakan kebimbangan
Data persepsi ini merupakan hasil tinjauan oleh Indonesia Indicator melibatkan 128 laporan daripada 78 media berbahasa Inggeris di Asia, Amerika Syarikat, UK, Australia dan New Zealand.

Pilkada Jakarta: Anies mendahului dalam kiraan pantas, keputusan rasmi awal Mei
Sama ada Ahok mahupun Anies, perlu keputusan majoriti mudah untuk menang, dan suruhanjaya pilihan raya akan mengumumkan keputusan rasmi pada awal Mei.

Pilihan raya Jakarta diadakan dua pusingan
Seperti yang diduga, Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) bagi Daerah Khusus Jakarta akan berlangsung secara dua pusingan ekoran tiada calon yang melepasi undi majoriti melebihi 50 peratus.

Pilkada DKI Jakarta: Ahok mendahului dalam pengiraan awal
Kesemua lima badan pengiraan undian awal menunjukkan Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok mendahului dua lagi pasangan lain.

Pilkada: Pengundi Indonesia keluar memilih gabenor, ketua daerah
Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok berdepan dengan dua pencabar Muslim, sekali gus mencetus polemik agama dan menguji kepatuhan konsep pluralisme dan kesederhanaan di Jakarta.

Ribuan berhimpun di Masjid Istiqlal, seru pemilihan Gabenor Jakarta beragama Islam
Jutaan penduduk Jakarta akan ke peti undi pada Rabu minggu depan untuk memilih gabenor baharu dalam satu pertandingan sengit.

'Saya rela ditangkap dan dipenjara jika bersalah' - Ahok
Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama berkata beliau sebenarnya telah difitnah.