Seperti yang diduga, Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) bagi Daerah Khusus Jakarta akan berlangsung secara dua pusingan ekoran tiada calon yang melepasi undi majoriti melebihi 50 peratus.
Para penganalisis politik dari awal menjangkakan Pilkada Jakarta akan berlangsung secara dua pusingan apabila berlaku pertandingan tiga penjuru.
Berdasarkan kepada Sistem Penghitungan Suara iaitu keputusan tidak rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) menunjukkan pasangan penyandang jawatan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok dan Djarot Saiful Hidayat mendahului pungutan undi dengan mendapat 44.17 peratus.
Tempat kedua diikuti oleh pasangan Anies Baswedan dan Sandiaga Salahuddin Uno dengan 39.55 peratus manakala pasangan Agus Harimurti Yudhoyono iaitu anak sulung bekas presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono terkeluar daripada pertandingan pusingan kedua apabila mendapat 16.27 peratus.
Sistem pilihan raya itu mengkehendaki seseorang calon wajib melepasi 50 peratus daripada jumlah undi keseluruhan untuk dilantik sebagai Gabenor Jakarta merangkap ketua eksekutif daerah.
Bagaimanapun, keputusan rasmi hanya akan diumumkan oleh KPU dalam tempoh dua minggu lagi.
Ahok dalam sidang mediannya telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada para pengundi dan keputusan itu adalah sesuatu yang harus diduga.
Katanya, walaupun beliau mengharapkan satu pusingan sahaja, namun beliau sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Anies pula, dalam kenyataannya, berkata beliau akan berbincang dengan Agus untuk bekerjasama setelah calon termuda itu terkeluar dari gelanggang pertandingan pusingan kedua ekoran mendapat undi terendah.
Agus, dalam ucapannya, berkata beliau menerima kekalahannya dengan hati terbuka dan mengucapkan selamat maju kepada kedua-dua pasangan calon yang akan berentap pada pusingan kedua.
Pusingan kedua pilihan raya itu dijadual berlangsung pada awal April depan dan akan menyaksikan pertandingan secara satu lawan satu antara gandingan Ahok-Djarot dan Anies-Sandiago.
Sebanyak 41,802,538 rakyat Indonesia di tujuh buah wilayah dilaporkan keluar mengundi untuk memilih Ketua Eksekutif masing-masing menerusi Pilkada bagi tempoh lima tahun.
Pilkada serentak 2017 itu adalah sebagai usaha penyelarasan pilihan raya serentak seluruh Indonesia menjelang tahun 2020.
Pilihan raya itu adalah bagi memilih jawatan ketua eksekutif wilayah iaitu Gabenor dan Naib Gabenor bagi tujuh wilayah, Datuk Bandar atau disebut sebagai Wali Kota dan timbalannya bagi 18 kota, 101 Pegawai Daerah atau disebut sebagai Bupati.
Sebanyak 310 pasangan calon iaitu 241 calon dari parti-parti politik dan 69 calon bebas bertanding pada pilihan raya bagi merebut jawatan-jawatan itu.
Tujuh buah wilayah yang terlibat dalam Pilkada itu ialah Aceh, Bangka Belitung, DKI Jakarta, Banten, Gorontalo, Sulawesi Barat dan Papua Barat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2017
Ahok bakal bertemu Anies dalam pusingan kedua. - Foto Reuters
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Bebas dari penjara, Ahok tukar nama dan bakal kahwin
Beliau mahu menjenamakan semula personalitinya dengan anggilan BTP (singkatan bagi Basuki Tjahaja Purnama).
Ahok kekal dalam penjara selepas rayuan ditolak mahkamah Indonesia
Jurucakap mahkamah pada Isnin memberitahu, ahli politik itu akan terus menjalani hukuman penjara dua tahun.
Bekas Gabenor Jakarta diberi pengampunan khusus sempena Krismas
Ahok yang sedang menjalani hukuman penjara dua tahun diberikan pengampunan khusus untuk berada di luar penjara bagi menyambut perayaan Krismas Isnin lalu.
Isu Ahok: Media Malaysia, antarabangsa suarakan kebimbangan
Data persepsi ini merupakan hasil tinjauan oleh Indonesia Indicator melibatkan 128 laporan daripada 78 media berbahasa Inggeris di Asia, Amerika Syarikat, UK, Australia dan New Zealand.
Pilkada Jakarta: Anies mendahului dalam kiraan pantas, keputusan rasmi awal Mei
Sama ada Ahok mahupun Anies, perlu keputusan majoriti mudah untuk menang, dan suruhanjaya pilihan raya akan mengumumkan keputusan rasmi pada awal Mei.
Pilihan raya Jakarta diadakan dua pusingan
Seperti yang diduga, Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) bagi Daerah Khusus Jakarta akan berlangsung secara dua pusingan ekoran tiada calon yang melepasi undi majoriti melebihi 50 peratus.
Pilkada DKI Jakarta: Ahok mendahului dalam pengiraan awal
Kesemua lima badan pengiraan undian awal menunjukkan Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok mendahului dua lagi pasangan lain.
Pilkada: Pengundi Indonesia keluar memilih gabenor, ketua daerah
Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok berdepan dengan dua pencabar Muslim, sekali gus mencetus polemik agama dan menguji kepatuhan konsep pluralisme dan kesederhanaan di Jakarta.
Ribuan berhimpun di Masjid Istiqlal, seru pemilihan Gabenor Jakarta beragama Islam
Jutaan penduduk Jakarta akan ke peti undi pada Rabu minggu depan untuk memilih gabenor baharu dalam satu pertandingan sengit.
'Saya rela ditangkap dan dipenjara jika bersalah' - Ahok
Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama berkata beliau sebenarnya telah difitnah.