Setelah Jakarta menjadi 'kacau' selama sehari pada Jumaat lepas ekoran demonstrasi oleh ratusan ribu umat Islam bagi menentang Ahok, penyandang gabenor Jakarta itu kini muncul memberi kenyataan bahawa beliau sebenarnya telah difitnah.
"Kalau negara hancur kerana seorang (bernama) Ahok, saya rela ditangkap dan dipenjara tetapi saya tidak akan rela dipenjara kerana difitnah," kata Ahok sebagai reaksinya terhadap demonstrasi itu.
Ahok atau nama sebenarnya Basuki Tjahaja Purnama, yang akan mempertahankan jawatannya sebagai gabenor Jakarta pada Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) Februari 2017, dipetik sebagai berkata demikian oleh media-media tempatan hari ini.
Mengulas lanjut mengenai demonstrasi itu, Ahok berkata beliau telah difitnah apabila video ucapannya di Pulau Seribu pada bulan lepas disunting oleh orang tertentu bagi menggambarkan seolah-olah beliau mempertikaikan Surah Al Maidah ayat 51.
Katanya, beliau tidak bermaksud untuk menista atau menghina ayat suci Al-Quran dan meminta maaf kepada semua umat Islam jika kata-katanya itu telah disalah tafsir.
FOTO: Ratusan ribu rakyat Indonesia berhimpun #BantahAhok
Ratusan ribu umat Islam menyertai demonstrasi sebagai membantah kenyataan Ahok yang disifatkan sebagai penista agama Islam apabila meminta mereka agar tidak terpedaya dengan pihak menggunakan surah Al-Maidah yang menyebut umat Islam dilarang untuk memilih orang bukan Islam sebagai pemimpin mereka.
Ahok berkata beliau akan menghadirkan diri di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Polis di Jakarta bagi memberi keterangan kali kedua. Beliau telahpun memberi keterangan polis pada dua minggu lepas.
Ahok berkata keluarganya bersedia menerima apa juga keadaan jika beliau ditangkap dan dipenjara kerana mereka memahami risiko jawatan yang beliau sedang pertahankan.
BACA: Jokowi dakwa ada ahli politik ambil kesempatan dalam demonstrasi
Beliau kini masih aktif menjalankan kempen bertemu pengundi tetapi tidak mahu menghebahkan jadual hariannya kepada media, malah pada hari demonstrasi itu, beliau dikatakan sempat menemui pengundi di sebuah kawasan rumah pangsa.
Polis juga mengenakan kawalan ketat di sekitar kawasan kediaman Ahok di sebuah kawasan elit di Jakarta Utara bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
Ketua Polis Republik Indonesia Tito Karnavian dalam sidang medianya semalam berkata siasatan terhadap kes Ahok akan dilakukan secara terbuka dan boleh disiarkan secara langsung oleh media massa bagi membolehkan rakyat mengekses semua butiran siasatan secara telus.
Katanya selain Ahok, polis akan memanggil beberapa saksi termasuk golongan ulama dan pakar bahasa untuk memberi pandangan mengenai konteks petikan ayat Al Quran yang disebut oleh Ahok.
BACA: Seorang maut dalam demonstrasi #BantahAhok
Demonstrasi yang bermula selepas solat Jumaat itu berakhir dengan kekacauan pada sebelah malam apabila sebahagian pesertanya enggan bersurai dan cuba menghampiri Istana Kepresidenan.
Polis terpaksa melepaskan tembakan dengan menggunakan meriam air dan peserta perhimpunan itu pula membalasnya dengan melontar pelbagai objek termasuk batu dan kayu serta membakar dua trak milik pasukan keselamatan. -- Bernama
BACA: Suasana tegang akhiri demonstrasi #BantahAhok
BACA: Dakwa hina Islam: Polis Indonesia tidak akan lindungi Gabenor Ahok
Bernama
Sun Nov 06 2016
Ahok berkata beliau telah difitnah apabila video ucapannya di Pulau Seribu pada bulan lepas disunting oleh orang tertentu bagi menggambarkan seolah-olah beliau mempertikaikan Surah Al Maidah ayat 51. - Reuters/Fail
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Bebas dari penjara, Ahok tukar nama dan bakal kahwin
Beliau mahu menjenamakan semula personalitinya dengan anggilan BTP (singkatan bagi Basuki Tjahaja Purnama).
Ahok kekal dalam penjara selepas rayuan ditolak mahkamah Indonesia
Jurucakap mahkamah pada Isnin memberitahu, ahli politik itu akan terus menjalani hukuman penjara dua tahun.
Bekas Gabenor Jakarta diberi pengampunan khusus sempena Krismas
Ahok yang sedang menjalani hukuman penjara dua tahun diberikan pengampunan khusus untuk berada di luar penjara bagi menyambut perayaan Krismas Isnin lalu.
Isu Ahok: Media Malaysia, antarabangsa suarakan kebimbangan
Data persepsi ini merupakan hasil tinjauan oleh Indonesia Indicator melibatkan 128 laporan daripada 78 media berbahasa Inggeris di Asia, Amerika Syarikat, UK, Australia dan New Zealand.
Pilkada Jakarta: Anies mendahului dalam kiraan pantas, keputusan rasmi awal Mei
Sama ada Ahok mahupun Anies, perlu keputusan majoriti mudah untuk menang, dan suruhanjaya pilihan raya akan mengumumkan keputusan rasmi pada awal Mei.
Pilihan raya Jakarta diadakan dua pusingan
Seperti yang diduga, Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) bagi Daerah Khusus Jakarta akan berlangsung secara dua pusingan ekoran tiada calon yang melepasi undi majoriti melebihi 50 peratus.
Pilkada DKI Jakarta: Ahok mendahului dalam pengiraan awal
Kesemua lima badan pengiraan undian awal menunjukkan Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok mendahului dua lagi pasangan lain.
Pilkada: Pengundi Indonesia keluar memilih gabenor, ketua daerah
Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok berdepan dengan dua pencabar Muslim, sekali gus mencetus polemik agama dan menguji kepatuhan konsep pluralisme dan kesederhanaan di Jakarta.
Ribuan berhimpun di Masjid Istiqlal, seru pemilihan Gabenor Jakarta beragama Islam
Jutaan penduduk Jakarta akan ke peti undi pada Rabu minggu depan untuk memilih gabenor baharu dalam satu pertandingan sengit.
'Saya rela ditangkap dan dipenjara jika bersalah' - Ahok
Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama berkata beliau sebenarnya telah difitnah.