Memetik laporan portal berita AP, seorang doktor Angelica Zen yang juga merupakan salah seorang penumpang membantu melahirkan bayi itu pada ketinggian 30,000 kaki di Lautan Pacific selepas anak kapal penerbangan itu meminta bantuan.
Susulan kejadian itu, penerbangan berkenaan dilencongkan ke Alaska dan ibu serta anak perempuan yang baru lahir itu dikejar ke hospital berdekatan.
Menurut Angelica, beliau bukan seorang pakar obstetrik, malah hanya pernah melakukan pembedahan bersalin dua kali dengan bantuan pakar perubatan yang lebih berpengalaman.
“Apabila bayi itu keluar dengan selamat saya rasa sangat lega," kata Angelica seperti dipetik dari portal berita, Yahoo News.
Menurut Angelica, beliau hanya merawat pesakit dewasa dan kanak-kanak sambil menambah pembedahan bersalin adalah di luar skop kerjanya
Bagaimanapun, selepas wanita itu melahirkan anaknya dengan selamat, penumpang lain menyambut berita gembira itu dengan tepukan yang gemuruh.
Dalam sebuah video rakaman oleh seorang penumpang, Edmund Chen dari tempat kerusinya, pramugari dilihat memegang bayi itu dan mengelap badannya menggunakan tisu sebelum membalutnya dengan satu selimut besar.
Menurut Chen, dia merakam saat genting itu kerana ia merupakan satu pengalaman seumur hidup.
Sementara itu, pesawat itu mengisi minyak selepas mendarat dan tiba di Los Angeles tiga jam lewat.
Sumber: YouTube