SEORANG ibu muda melahirkan bayi 'duyung' namun anaknya itu meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Muskura Bibi, 23, mengejutkan doktor selepas melahirkan bayi dengan Sindrom Mermaid atau Sirenomelia, satu keadaan kecacatan yang jarang berlaku, lapor Mirror.uk pada Sabtu.

Bayi tersebut juga merupakan bayi 'duyung' kelima yang pernah dilahirkan ke dunia, dan merupakan kes kedua bayi Sirenomelia di India.

Bagaimanapun, jantina bayi itu tidak dapat dikenal pasti kerana keadaan kakinya yang bercantum menyerupai sirip duyung.

Doktor yang menyambut bayi berkenaan gagal menyelamatkannya kerana bayi itu meninggal dunia empat jam selepas kelahiran.

"Saya tidak pernah melihat bayi seumpama itu sebelum ini. Ini adalah kes pertama Sirenomelia di negeri ini dan kedua di negara ini.

"Bayi itu mempunyai pembentukan normal di bahagian atas badan tetapi di bawah pinggang kakinya bercantum. Bahagian bawah tidak tumbuh sepenuhnya," kata Dr Sudip Saha, pakar kanak-kanak di Hospital Chittaranjan Deva Sadan, Kolkata.

mermaid baby

Ibu bayi tersebut, Bibi, dilaporkan tidak menjalani pemeriksaan sonografi ultrasound dan tidak mampu memberi ubat yang sewajarnya semasa kehamilan pertama ini.

Dr Saha berkata janin ini mengalami pertumbuhan yang tidak betul dan tidak disuburkan dengan sempurna.

Bayi 'duyung' pertama yang lahir di India pada tahun 2016 dan hanya sempat hidup semalam 10 minit.