JAKARTA: Polis Indonesia melakukan serbuan di beberapa lokasi yang dipercayai menjadi tempat persembunyian anggota kumpulan pengganas di Condet, Jakarta Timur dan Bekasi, Jawa Barat, pada Isnin, susulan kes letupan di Gereja Katedral Makassar pada Ahad.
Portal berita Kompas TV melaporkan, Ketua Polis Daerah Metro Jaya, Fadil Imran mengesahkan operasi tersebut.
Sementara itu Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Indonesia, Argo Yuwono mendedahkan, dua pengebom bunuh diri yang maut di pintu gerbang gereja itu merupakan pasangan suami isteri.
“Pelaku serangan adalah pasangan suami isteri yang baru menikah enam bulan," kata Argo dalam keterangannya turut mendedahkan suspek wanita berkenaan ialah pekerja swasta.
Difahamkan, kedua-duanya mempunyai kaitan dengan gerakan Jamaah Ansharut Daulah (JAD) yang pernah melakukan aksi serangan seumpamanya di gereja di Pulau Jolo, Filipina Selatan.
Argo menambah, siasatan latar belakang penyerang itu dan kumpulan yang mereka wakili sedang giat dijalankan, antaranya dengan menggeledah beberapa lokasi termasuk rumah pasangan itu.
Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan daripada jiran tetangga, kedua-dua pelaku itu selama ini menunjukkan perilaku yang tidak mencurigakan, malah sentiasa berinteraksi dengan penduduk di kejiranan berkenaan.
"Dari 19 mangsa yang cedera, sekarang ini tinggal 15 orang yang masih menerima rawatan,” jelas Argo memperinci jumlah mangsa terkini.
Pada Ahad, Presiden Indonesia Joko Widodo mengutuk keras tindakan pengganas yang meletupkan sebuah gereja di Makassar itu.
"Terrorisme (keganasan) adalah kejahatan terhadap kemanusiaan dan tidak berkaitan dengan mana-mana agama. Semua agama menolak keganasan, walau atas alasan apa sekalipun," katanya.
BACA: Letupan di gereja Makassar: Jokowi kecam tindakan pengganas
Agensi
Mon Mar 29 2021

Anggota polis yang lengkap bersenjata dan berpakaian pelindung meningkatkan kawakan keselamatan di kawasan sekitar Gereja Katedral Makassar. - Reuters

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Letupan di gereja: Pasangan suami isteri belajar buat bom secara dalam talian
Agensi Counter-Terrorism Indonesia berkata, hasil siasatan menunjukkan bahawa mereka menerima latihan membuat bom sendiri secara dalam talian.

Baru saja menikah, pasangan suami isteri nekad bunuh diri letupkan gereja Makassar
Kedua-duanya mempunyai kaitan dengan gerakan yang pernah melakukan aksi serangan seumpamanya di gereja di Pulau Jolo, Filipina Selatan.

Letupan di gereja Makassar: Jokowi kecam tindakan pengganas
Joko Widodo mengutuk keras tindakan pengganas yang meletupkan sebuah gereja di Makassar, hari ini.