Seorang bapa hilang pertimbangan apabila tergamak memukul dua anak kecilnya dengan batang cangkul dalam kejadian di Indonesia baru-baru ini.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada Ahad lalu di daerah Nurussalam, Aceh Timur.
Polis berkata, pelaku dikenali sebagai Samsun Amiruddin, 37, berjaya diberkas Khamis lalu selepas bersembunyi di kawasan hutan.
"Pelaku dan isterinya, Saudah dan anak-anak mereka pergi ke kebun untuk menanam kunyit.
"Pelaku kemudian secara tiba-tiba menyerang dua anaknya yang ketika itu sedang bermain di pondok.
"Isteri pelaku yang melihat kejadian itu menjerit meminta pertolongan sebelum pelaku melarikan diri ke dalam hutan," kata Ketua Polis Aceh Timur, Asisten Komisioner Wahyu Kuncoro.
Mangsa yang berusia lima dan tiga tahun cedera dan tidak sedarkan selepas dipukul berulang kali oleh pelaku.
Dengan bantuan penduduk kampung, ibu mangsa membawa kedua-dua anaknya ke Pusat Kesihatan Masyarakat Nurussalam.
Kedua-dua mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Zubir Mahmud Idi Rayeuk untuk rawatan lanjut kerana mengalami pendarahan dalam kepala. - Agensi
Agensi
Sat Jul 13 2019

Kakak dan adik lelakinya parah dipukul bapa mereka dengan batang cangkul dalam kejadian di Aceh Timur baru-baru ini. - Foto Agensi

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Bapa belasah anak 5 dan 3 tahun guna cangkul sampai tidak sedarkan diri
Seorang bapa hilang pertimbangan apabila tergamak memukul dua anak kecilnya dengan batang cangkul dalam kejadian di Indonesia baru-baru ini.