BANGKOK:Semua institusi pendidikan di ibu negara Thailand akan ditutup mulai 4 hingga 17 Jan manakala lebih banyak venue awam termasuk pusat hiburan, sukan dan perjudian ditutup sehingga diberitahu kelak, dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19.
Jurucakap Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) Pongsakorn Kwanmuang berkata institusi pendidikan termasuk universiti, sekolah, pusat tuisyen, prasekolah dan taska yang diarahkan tutup sehingga 4 Jan akan dilanjutkan sehingga 17 Jan.
Beliau berkata pusat hiburan termasuk bar, kelab malam, salun tatu dan rumah urut serta venue rekreasi seperti taman air, taman hiburan, taman permainan dan tempat perjudian akan kekal ditutup sehingga diberitahu kelak.
"Terdapat kes COVID-19 yang dikaitkan dengan pelajar dan perniagaan lain. Oleh itu, Jawatankuasa Penyakit Berjangkit BMA telah bersetuju mengetatkan sekatan dalam usaha menghentikan penularan jangkitan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Bagaimanapun, Pongsakorn berkata pasar raya akan tetap dibuka buat masa ini.
"BMA akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan lebih lanjut sama ada melarang orang ramai makan di restoran," katanya.
Sepanjang tempoh 24 jam lepas, Thailand mencatatkan sejumlah 279 kes COVID-19 dan dua kematian menjadikan jumlah keseluruhan 7,163 kes dengan 63 kematian setakat ini.
Jurucakap Pusat Pentabiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata daripada jumlah kes baharu itu, 273 adalah jangkitan tempatan manakala enam dikesan di pusat kuarantin alternatif negara (ASQ).
Beliau berkata seorang lelaki berumur 44 tahun yang mengunjungi sebuah pusat hiburan di Bangkok telah didapati mengalami gejala COVID-19 dan meninggal dunia di sebuah hospital semalam.
Katanya seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun dari Wilayah Tak yang menyeberangi sempadan dari Myanmar secara haram pada 29 Nov lepas telah mengalami masalah kesihatan dan meninggal dunia di sebuah hospital pada 10 malam (waktu tempatan) semalam.
Thaweesilp berkata penularan terkini pandemik itu di Thailand membabitkan 53 wilayah termasuk enam yang berada di bawah kawasan kawalan tinggi iaitu Samut Sakhon yang mempunyai 1,739 kes diikuti Rayong (319), Chonburi (207), Bangkok (180), Nakhon Pathom (60) dan Samut Prakan (57).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 01 2021
![Bangkok tutup lebih banyak tempat awam untuk kekang penularan COVID-19 Bangkok tutup lebih banyak tempat awam untuk kekang penularan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599052180_bangkokthailandc.jpg)
Sepanjang tempoh 24 jam lepas, Thailand mencatatkan sejumlah 279 kes COVID-19 dan dua kematian. - Gambar fail
KKM ingatkan APHM tumpu kepada pay for outcome
Pemilik dan pemain industri kesihatan swasta khususnya Persatuan Hospital Swasta (APHM) mengambil kira menyediakan perkhidmatan untuk menampakkan hasil dan bukan menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kemudahan semata.
Penubuhan National Health Fund bertujuan kumpul sumber pembiayaan dirancang -KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penubuhan dana kesihatan negara dengan izin National Health Fund yang diuruskan secara telus, efisien dan berintegriti sedang dipertimbangkan untuk mengumpul pelbagai sumber pembiayaan yang dirancang.
Keperluan memperkukuh infrastuktur sumber peralihan tenaga - Pakar
Peningkatan kapasiti grid dan teknologi storan tenaga menjadi fokus utama Malaysia dalam menghadapi cabaran kestabilan tenaga dan mewujudkan landskap tenaga yang lebih berkesan. Artikel ini mengulas strategi dan inisiatif kerajaan dalam membangunkan infrastruktur yang kritis untuk menyokong pertumbuhan sumber tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan bergantung kepada sumber tradisional seperti arang.
Malaysia komited capai Matlamat Pembangunan Lestari PBB – NGA
Malaysia komited untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs) serta mengutamakan kesejahteraan rakyatnya.
![WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran' WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721190179_tbWhatsApp.jpg)
WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'
Anda boleh melabelkan beberapa rakan-rakan atau ahli keluarga di bawah label berkenaan, dan seterusnya berhubung dengan mereka dengan lebih pantas berbanding yang lain.
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![Warga Australia buang air kecil di tempat awam didenda RM100 Warga Australia buang air kecil di tempat awam didenda RM100](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700559318_lelakikencing.jpg)
Warga Australia buang air kecil di tempat awam didenda RM100
Tertuduh didakwa berkelakuan kurang sopan di tempat awam dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.
![Lelaki berkelakuan tidak senonoh di tempat awam ditahan Lelaki berkelakuan tidak senonoh di tempat awam ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695366689_ditahan.jpg)
Lelaki berkelakuan tidak senonoh di tempat awam ditahan
Seorang lelaki yang tular kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam Ahad lalu berjaya ditahan polis pada Rabu.
![Melaka galak rakyat, pelancong pakai pelitup muka di tempat awam Melaka galak rakyat, pelancong pakai pelitup muka di tempat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51651583535_TBmelaka.jpg)
Melaka galak rakyat, pelancong pakai pelitup muka di tempat awam
Orang ramai digalak memakai pelitup muka di kawasan tumpuan awam, sesak dan tertutup selain mengekalkan penjarakan fizikal.
![Mahu lapor bos merokok di pejabat tanpa jejaskan kerja? Ada caranya, kata pakar Mahu lapor bos merokok di pejabat tanpa jejaskan kerja? Ada caranya, kata pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61594731688_vaperokok.jpg)
Mahu lapor bos merokok di pejabat tanpa jejaskan kerja? Ada caranya, kata pakar
Penguatkuasaan masih belum memuaskan dalam hal mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan selamat untuk pekerja dan orang awam.
![Thailand mansuh pemakaian pelitup muka Thailand mansuh pemakaian pelitup muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61625828809_WatPhraSiMahathat.jpg)
Thailand mansuh pemakaian pelitup muka
Kerajaan Thailand pada Khamis menarik balik peraturan mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka.
![COVID-19: China laksana proses disinfeksi besar-besaran COVID-19: China laksana proses disinfeksi besar-besaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628381949_TBChina.jpg)
COVID-19: China laksana proses disinfeksi besar-besaran
Proses disinfeksi secara besar-besaran dilakukan di bandar Zhengzhou yang terletak di wilayah China sebagai langkah membendung COVID-19.
![Vaksin COVID-19: New York berjaya lepasi 10 juta dos Vaksin COVID-19: New York berjaya lepasi 10 juta dos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627430204_MayorBilldeBlasio.jpg)
Vaksin COVID-19: New York berjaya lepasi 10 juta dos
Dalam usaha untuk terus meningkatkan kadar vaksinasi bandar raya itu, mereka yang baru diterima bekerja perlu membuktikan sijil vaksinasi.
![Bangkok tutup lebih banyak tempat awam untuk kekang penularan COVID-19 Bangkok tutup lebih banyak tempat awam untuk kekang penularan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599052180_bangkokthailandc.jpg)
Bangkok tutup lebih banyak tempat awam untuk kekang penularan COVID-19
Semua institusi pendidikan di ibu negara Thailand akan ditutup mulai 4 hingga 17 Jan manakala lebih banyak venue awam termasuk pusat hiburan, sukan dan perjudian ditutup sehingga diberitahu kelak.
![Polis nafi keluarkan kompaun terhadap lelaki tidak pakai pelitup muka di depan rumah Polis nafi keluarkan kompaun terhadap lelaki tidak pakai pelitup muka di depan rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61607632774_facemask.jpg)
Polis nafi keluarkan kompaun terhadap lelaki tidak pakai pelitup muka di depan rumah
Lelaki berkenaan sebaliknya berada di kawasan awam, iaitu di sebuah taman permainan yang terletak tidak jauh daripada rumahnya ketika dikompaun Selasa lepas.
![COVID-19: Jangkitan meningkat, Republik Czech laksana sekatan baharu, SOP lebih ketat COVID-19: Jangkitan meningkat, Republik Czech laksana sekatan baharu, SOP lebih ketat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602598566_TBRestaurants.jpg)
COVID-19: Jangkitan meningkat, Republik Czech laksana sekatan baharu, SOP lebih ketat
Pada Rabu, peraturan lebih ketat dikuatkuasakan dengan semua sekolah ditutup sekurang-kurangnya hingga 2 November, sementara bar, kelab dan restoran juga tidak dibenarkan beroperasi.