SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM100 terhadap seorang juruelektrik warga Australia kerana membuang air kecil pada tembok dekat tempat letak kereta di sebuah pusat beli belah di Subang Jaya, dekat sini, minggu lepas.
Tertuduh, Chih Peter, 32, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam Bahasa Inggeris di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.
Berdasarkan pertuduhan, Peter didakwa berkelakuan kurang sopan di tempat awam dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.
Tertuduh melakukan kesalahan tersebut yang tular dalam media sosial di tempat meletak kereta USJ 10 City Mall, pada jam 10.51 malam, 16 Nov lalu.
Tertuduh, yang tiba dari Australia pada 13 Nov lalu untuk menziarahi saudaranya itu, dituduh di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM100.
Terdahulu, peguam tertuduh R. Morhaneraj memaklumkan bahawa tertuduh terdesak untuk membuang air kecil di kawasan tempat meletak kenderaan kerana tidak dapat menahan untuk pergi ke tandas ketika kejadian.
"Bagaimanapun, anak guam saya tidak menyedari kejadian tersebut dirakam. Namun tertuduh sudah mendapat pengajaran tentang kejadian ini dan tidak akan mengulangi perkara itu di masa akan datang," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran kemudiannya memohon mahkamah mengenakan hukuman maksimum dan tertuduh juga diingatkan perlu menjaga adab ketika berada di negara orang.
Sasha Diana kemudian menetapkan denda RM100 terhadap tertuduh dan penjara selama sehari jika gagal membayarnya.
Tertuduh membayar denda tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023
Tangkap layar video tular tertuduh membuang air kecil pada tembok dekat tempat letak kereta di sebuah pusat beli belah di Subang Jaya - Gambar fail
Wisma Putra pantau kebakaran hutan di Los Angeles; tiada rakyat Malaysia terjejas setakat ini
Kementerian Luar Malaysia - melalui Konsulat Jeneral di Los Angeles, Amerika Syarikat - sedang memantau dengan teliti kebakaran hutan di Los Angeles.
Ketua Hakim Negara yakin PM Anwar terus komited tegak prinsip kebebasan kehakiman
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yakin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan akan terus komited menegakkan prinsip kebebasan kehakiman.
Kontraktor rugi lebih RM5.9 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa mula menyertai pelaburan berkenaan pada September lepas selepas tertarik dengan iklan pelaburan menerusi Facebook.
Patrick Kluivert dilantik ketua jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia - PSSI
Kluivert, bekas bintang pasukan kebangsaan Belanda dan beberapa kelab utama Eropah menandatangani kontrak selama dua tahun bermula 2025 hingga 2027.
Usah bimbang terhadap AI - Wartawan veteran
AI perlu dianggap sebagai rakan yang membantu individu dalam industri ini untuk menjadi wartawan, penulis dan penyampai yang lebih baik.
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu.
Trump cadang tukar nama Teluk Mexico kepada "Teluk Amerika"
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan hasrat untuk menukar nama Teluk Mexico kepada Teluk Amerika.
Lelaki maut dengan empat kesan tembakan
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah telah ditubuhkan untuk siasatan secara menyeluruh.
AWANI Ringkas: 8 ditahan tawar kelulusan lesen kenderaan perdagangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rasuah pemeriksaan kenderaan berat: 13 lagi pemeriksa kenderaan ditahan
Setakat ini SPRM telah menahan 22 individu termasuk 19 pegawai pemeriksa kenderaan, seorang ejen dan dua 'runner'.
Warga Australia buang air kecil di tempat awam didenda RM100
Tertuduh didakwa berkelakuan kurang sopan di tempat awam dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.
Polis buru lelaki naik kereta mahal, tapi kencing merata
Polis menasihati orang ramai supaya tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan aib dan kegusaran kepada orang awam.
Buang air: Bunino 'ditangkap' berkelakuan tak senonoh
Cristian Bunino mengalami detik memalukan kerana 'ditangkap' berkelakuan tidak senonoh apabila membuang air kecil berhampiran padang.
Dipukul selepas tegur remaja buang air kecil
Mangsa telah mengalami luka dan berdarah di bahagian kepala sebelah kiri.