BALIK PULAU: Seorang lelaki dipukul selepas menegur seorang remaja yang membuang air kecil di jalan keluar sebuah flat di Bayan Lepas pada Jumaat.
Menurut kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, kejadian berlaku di bawah Flat Bayu Nyaman, Bayan Lepas.
"Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku selepas mangsa menegur suspek yang berusia 19 tahun kerana membuang air kecil berhampiran kon yang diletakkan di kawasan jalan keluar flat.
"Mangsa yang melihat perkara itu telah meminta suspek menyiram semula kawasan yang terkena air kencingnya. Suspek kemudiannya beredar dari lokasi tersebut," kata kenyataan itu pada Jumaat.
Menurut kenyataan itu, beberapa minit selepas itu suspek datang semula dan terus memukul mangsa dengan sebatang kayu.
"Siasatan mendapati, mangsa dipukul dengan menggunakan sebatang kayu sepanjang 45.7 sentimeter (cm). Mangsa telah mengalami luka dan berdarah di bahagian kepala sebelah kiri.
"Suspek kemudiannya berjaya ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," kata kenyataan itu.
Dalam kes berlainan, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Barat Daya menahan 17 lelaki berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun kerana disyaki terlibat dalam kesalahan dadah.
Menurut kenyataan kenyataan di Facebook IPD Barat Daya, kesemua tangkapan dilakukan di sekitar kawasan Bayan Baru, Bayan Lepas dan Batu Maung dengan bantuan anggota dari balai-balai yang terlibat.
"Hasil pemeriksaan telah menjumpai dan merampas dadah disyaki jenis heroin, syabu, ganja dan cecair mitragynine.
"Hasil ujian saringan air kencing, enam daripada tangkapan didapati positif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 30 2022

Siasatan mendapati, mangsa dipukul dengan menggunakan sebatang kayu sepanjang 45.7 sentimeter. - Gambar hiasan

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Dera anak 7 tahun hingga mati hanya kerana minta wang saku
Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan pada bahagian ginjal kanan akibat dipukul dengan benda tumpul.

Lelaki dikurung, ditekap seterika selepas didakwa hamilkan teman wanita
Pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Lelaki dipenjara 9 tahun cederakan anak saudara
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati menyebabkan cedera parah ke atas anak saudaranya berusia 14 tahun.

Ejen insurans cedera diserang gelandangan
Semasa kejadian orang ramai berjaya menghalang lelaki gelandangan daripada terus memukul mangsa.

Dipukul pengiring VIP: Pemandu e-hailing OKU dirakam keterangan
Peguam Lawyer For Liberty terdiri daripada N Surendran dan Latheefa Koya yang mewakili mangsa turut hadir.

Tiga ditahan disyaki larikan, pukul lelaki
Polis menahan tiga lelaki dipercayai melarikan dan mencederakan seorang mangsa lelaki berusia 30-an menggunakan senjata tumpul Jumaat lepas.

Empat warga Pakistan ditahan kerana pukul pemandu kereta
Tiada kecederaan serius dialami pemandu kereta terbabit melainkan luka di bahagian kepala.

Polis kesan lelaki pukul pemandu e-hailing
Dalam kejadian jam 6.20 pagi itu, mangsa mendapat tempahan untuk mengambil suspek yang juga pelanggan e-hailing bersama dua lagi wanita.

Remaja, budak 5 tahun jadi mangsa dera pasangan suami isteri
Siasatan lanjut terhadap kedua-dua mangsa mendapati beberapa siri kejadian penderaan dilakukan sejak 24 Mac lalu.

Pengadil cedera dipukul tiga lelaki dalam perlawanan bola sepak
Mangsa yang berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan kaki akibat ditendang tiga lelaki berkenaan.