MELAKA: Kerajaan Melaka menggalakkan rakyat negeri itu dan pelancong domestik memakai pelitup muka sebagai langkah awal mengekang penularan varian baharu COVID-19.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata orang ramai digalak memakai pelitup muka di kawasan tumpuan awam, sesak dan tertutup selain mengekalkan penjarakan fizikal serta menggunakan cecair sanitasi atau kerap mencuci tangan.
"Kita (Kerajaan Melaka) belum memutuskan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka kerana kes harian COVID-19 di Melaka masih terkawal iaitu setiap hari kurang 50 kes dalam tempoh seminggu lepas.
"Kita akan memantau kes harian COVID-19 setiap hari dan setakat ini kita menggalakkan rakyat dan pelancong di Melaka memakai pelitup muka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Monumen Gergasi Bendera Melaka di Bukit Beruang di sini hari ini.
Beliau berkata arahan mewajibkan pemakaian pelitup muka berkenaan bergantung kepada situasi semasa kes harian COVID-19 dan ia akan diumum sekiranya perlu dikuatkuasakan.
Sementara itu, Sulaiman berkata monumen gergasi bendera Melaka setinggi 166 meter dari aras laut akan didirikan di puncak Hutan Simpan Bukit Beruang di sini dengan kos kira-kira RM200,000.
Beliau berkata pembinaan monumen itu dijangka mengambil masa kira-kira dua tahun dan akan menjadi satu daripada produk pelancongan baharu negeri itu.
"Berdasarkan statistik Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka, terdapat 771 tempat tarikan pelancong di negeri ini merangkumi 13 subsektor pelancongan pada tahun lepas.
"Penambahan produk pelancongan ini juga sebagai satu daripada usaha meningkatkan jumlah kedatangan pelancongan ke Melaka iaitu 10 peratus setiap tahun," katanya.
Menurut Sulaiman pembinaan projek monumen yang akan dipantau Jabatan Kerja Raya itu tidak akan menghalang orang ramai untuk melakukan aktiviti riadah seperti mendaki di kawasan tersebut.
Beliau berkata selain pembinaan monumen berkenaan, infrastruktur sedia ada seperti laluan trek untuk pendakian di bukit berkenaan akan dinaik taraf secara berperingkat dan beberapa tarikan baharu seperti aktiviti 'zip line' atau 'flying fox' akan dibangunkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2023
Orang ramai digalak memakai pelitup muka di kawasan tumpuan awam, sesak dan tertutup selain mengekalkan penjarakan fizikal. - Bernama
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Zon Bebas Kenderaan alternatif, bebaskan bandar daripada kenderaan bermotor
Ia bukan sahaja sebagai kaedah mengurangkan kesesakan lalu lintas, tetapi juga komitmen terhadap kelestarian dan kesejahteraan rakyat.
Ibu hilang dua anak depan mata dalam perjalanan ziarah kubur suami
Luluh hati seorang ibu yang menyaksikan dua anaknya maut di depan mata dalam kemalangan di Jalan Lebuh SPA berhampiran Stadium Hang Jebat, Krubong, di sini, pada Isnin.
Dua beradik maut motosikal rempuh tong sampah roro di bahu jalan
Muhammad Amirul Hazlin dan adiknya dikatakan dalam perjalanan menziarahi pusara bapa mereka yang meninggal dunia 10 bulan lalu.
Op Global: Anak bekas pemimpin Al-Arqam, pengikut GISB dilepas dengan bon jaminan
Tiga anak lelaki bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad yang ditahan dalam Op Global semalam, dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka dengan bon jaminan sebanyak RM1,000 setiap seorang.
Melaka dalam proses wartakan lima lagi ajaran sebagai sesat
Kerajaan Melaka dalam proses mewartakan lima lagi ajaran dan kegiatan baharu sebagai sesat.
Melaka tidak kompromi ajaran sesat - Ab Rauf
Kerajaan negeri tidak berkompromi dengan mana-mana gerakan yang melanggar tatacara dan akidah Islam.
Melaka sedia 34,764 petak parkir percuma selama seminggu
Ia membabitkan kesemua 34,764 petak parkir di empat pihak berkuasa tempatan (PBT) bermula esok hingga 20 Sept.
Pemandu terlelap, kereta terjunam dari jambatan setinggi 30 meter
Seorang lelaki terselamat selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terjunam dari atas Jambatan Syed Abdul Aziz setinggi kira-kira 30 meter di sini pagi tadi.
Pengarah urusan, pengurus besar syarikat konsesi pengiklanan direman lima hari
Seorang pengarah urusan dan pengurus besar sebuah syarikat konsesi pengiklanan di Shah Alam, Selangor direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan rasuah.
Melaka rekod kerugian RM52.19 juta akibat penipuan dalam talian
Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM52.19 juta berkaitan aktiviti penipuan dalam talian bagi tempoh Januari hingga 2 Sept lepas, dan 964 kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh itu.