SYDNEY: Australia mengumumkan pada Isnin pelantikan seorang penasihat khas untuk memantau siasatan Israel terhadap serangan udara di Semenanjung Gaza minggu lepas yang mengorbankan tujuh petugas bantuan kemanusiaan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Mark Binskin yang pernah berkhidmat sebagai Panglima Angkatan Tentera Australia akan melakukan libat urus dengan Israel dan tentera Israel mengenai respons kepada serangan yang membunuh Zomi (Frankcom) dan rakan sekerjanya," kata Menteri Luar Australia Penny Wong dalam satu kenyataan.
"Kerajaan Australia telah menjelaskan bahawa kami mengharapkan kebertanggungjawapan sepenuhnya di atas kematian ini," kata Wong.
"Pelantikan Binskin akan memastikan keluarga Zomi Frankcom dan rakyat Australia mempunyai keyakinan di dalam proses (siasatan) ini."
Frankcom seorang rakyat Australia merupakan seorang daripada pekerja World Central Kitchen yang maut dalam serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 1 April.
Enam lagi petugas yang terkorban adalah dari Poland, United Kingdom, Palestin dan seorang yang mempunyai dwikewarganegaraan Amerika Syarikat dan Kanada.
Satu laporan penyiasatan Israel yang dikeluarkan pada Jumaat berkata insiden itu merupakan "satu kegagalan yang serius". Konvoi bantuan kemanusiaan itu diserang kerana disyaki ada dua anggota Hamas bersenjata dalam kenderaan.
Tentera Israel tidak mengenali kenderaan sebagai dimiliki oleh organisasi bantuan kemanusiaan itu walaupun ia dengan jelas mempunyai tanda. Serangan itu merupakan pelanggaran serius arahan tentera dan prosedur standard operasi," menurut laporan itu.
"Keputusan penyiasatan itu menunjukkan insiden itu tidak sepatutnya berlaku.
Tentera Israel melucutkan dua pegawainya daripada jawatan mereka berikutan insiden itu.
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata maklumat yang diberikan Israel mengenai siasatan itu setakat ini tidak memuaskan hati pihaknya.
"Jadi, kami mengharapkan Binskin akan dapat mengusahakan sesuatu yang menyediakan lebih banyak maklumat," Albanese memberitahu stesen penyiar negara ABC.
"Kami mahu pastikan kesemua bukti dijaga. Kami mahu pastikan jika penyiasatan itu mendapati pegawai tentera Israel itu bertindak tidak mengikut undang-undang, maka tindakan sewajarnya perlu diambil dan tindakan sedemikian perlu diketahui umum," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2024

Seorang rakyat Australia, Zomi Frankcom, yang bekerja dengan World Central Kitchen maut dalam serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 1 April. - Reuters
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia
Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat berhampiran pekan De Grey sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat.

Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.

Penyelidikan Australia dapati tiada kaitan antara telefon bimbit dan kanser
Penyelidikan yang diketuai oleh agensi keselamatan nuklear dan radiasi Australia tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan pelbagai jenis kanser, lapor Xinhua.

Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.

Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.

Pendaki hilang di Australia ditemukan hidup selepas 13 hari
Hadi Nazari, pelajar universiti yang dilaporkan hilang pada Boxing Day, ditemukan masih hidup di kawasan pergunungan di New South Wales.

2 maut pesawat ringan terhempas di Australia
Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua.

Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.

Amaran kesihatan dikeluarkan berkaitan ulser Buruli di selatan Australia
Jabatan Kesihatan Victoria pada Jumaat memaklumkan bahawa kes ulser Buruli kini merebak di seluruh negeri, termasuk di kawasan pedalaman Melbourne.

Pesawat Qantas mendarat cemas di Lapangan Terbang Brisbane
Sebuah penerbangan domestik Qantas melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Brisbane, timur laut Australia pada Selasa.