RIYADH: Dana Pelaburan Awam Saudi (PIF) mengumumkan pada Khamis penubuhan Syarikat Sawani untuk merangsang industri tenusu unta.
Syarikat itu menyasarkan untuk menjadi pengeluar utama produk tenusu unta dan membolehkan pertumbuhan industri penternakan unta Arab Saudi, selain menyumbang kepada pembangunan mampan, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Menurut SPA, syarikat itu akan bekerjasama dengan sektor swasta untuk menggalakkan pengeluaran industri dan meningkatkan standard ekosistem pengeluaran domestik dengan memodenkan operasi.
Ketua barangan pengguna dan runcit di Bahagian Pelaburan MENA di PIF, Majed Al-Assafsaid, berkata Arab Saudi mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang industri tenusu unta yang mempunyai potensi besar untuk meningkatkan keupayaan operasinya dan mengembangkan ekosistem.
Beliau berkata faktor-faktor itu mewakili kelebihan daya saing merentas keseluruhan rantaian bekalan di samping pelaburan, membolehkan pertumbuhan ketara industri dan akhirnya membawa kepada eksport produk tenusu unta.
PIF telah melabur secara strategik dalam sektor makanan dan pertanian untuk membantu mempelbagaikan ekonomi Arab Saudi dan menyokong hasil industrinya yang unik.
Antara pelaburan PIF termasuk penciptaan Syarikat Kopi Saudi yang mempromosikan biji kopi Khulani Saudi dan Syarikat Pembangunan Produk Halal yang melabur dalam sektor produk halal.
Sejak 2017, PIF telah menubuhkan 84 syarikat dalam 13 sektor strategik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2023
![Arab Saudi tubuh syarikat baharu rangsang industri tenusu unta Arab Saudi tubuh syarikat baharu rangsang industri tenusu unta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689911283_TBAlMadamdesert.jpg)
Syarikat Sawani akan bekerjasama dengan sektor swasta untuk menggalakkan pengeluaran industri ternakan unta dan meningkatkan standard ekosistem pengeluaran domestik dengan memodenkan operasi. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Arab Saudi tubuh syarikat baharu rangsang industri tenusu unta Arab Saudi tubuh syarikat baharu rangsang industri tenusu unta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689911283_TBAlMadamdesert.jpg)
Arab Saudi tubuh syarikat baharu rangsang industri tenusu unta
Syarikat Sawani menyasarkan untuk menjadi pengeluar utama produk tenusu unta dan membolehkan pertumbuhan industri penternakan unta Saudi.