ISTANBUL: Pihak berkuasa Arab Saudi mengeluarkan kelulusan bagi menamakan projek naik taraf Mataf di Masjidil Haram sebagai 'Serambi Saudi," lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.
Ketua Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, mengumumkan perkara itu pada Ahad, lapor Saudi Gazette.
Bangunan ini mempunyai empat tingkat dan mampu menampung 287,000 jemaah dan membolehkan 107,000 orang melakukan tawaf di Kaabah sejam.
"Pengasas Arab Saudi moden, Raja Abdul Aziz mengarahkan projek naik taraf Masjidil Haram bagi menampung peningkatan jumlah jemaah haji, dan kerja-kerja naik taraf bermula semasa zaman Raja Saud pada 1955," menurut Saudi Gazette.
"Serambi Saudi yang mengelilingi Serambi Abbasiyah, menampilkan kawasan lebih luas yang belum pernah dilihat oleh jemaah Masjidil Haram sebelum ini.
"Serambi Saudi menyediakan ruang yang lebih luas berdasarkan piawaian kejuruteraan yang berkualiti tinggi dan tepat," kata Al-Sudais.
Menurut data rasmi, lebih dua juta jemaah haji akan menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini.
--BERNAMA-ANADOLU
Bernama
Mon May 22 2023
Serambi Saudi yang mengelilingi Serambi Abbasiyah, menampilkan kawasan lebih luas yang belum pernah dilihat oleh jemaah Masjidil Haram sebelum ini. - Gambar fail/Bernama
Jakim diarah kerjasama dengan KPDN ambil tindakan pihak salah guna logo halal
Mohd Na'im mengarahkan Jakim untuk bekerjasama dengan KPDN bagi mengambil tindakan penguatkuasaan dan membawa ke muka pengadilan terhadap pihak yang menyalahgunakan logo halal.
Angka korban di Los Angeles meningkat kepada 24
Angka korban akibat kebakaran hutan yang dahsyat di California, Amerika Syarikat (AS), meningkat kepada 24 orang pada Ahad.
Agenda AWANI: Misi Ke UAE Dan Eropah, Apa Kita Bakal Dapat?
Misi lawatan kerja rasmi PMX ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), sebelum ke United Kingdom (UK), Belgium dan kemudian mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Apa yang bakal dibawa pulang? Diskusi 8.30 malam
Hukuman mati bekas pemandu lori rogol, liwat, bunuh warga emas digantikan penjara 40 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati bekas pemandu lori yang didapati bersalah membunuh wanita warga emas berusia 85 tahun kepada penjara 40 tahun.
Penantian hampir 10 tahun pemilik PPR Ampar Tenang berakhir - Aiman Athirah
Proses penyerahan kunci kepada pemilik akan selesai tahun ini bagi membolehkan mereka memasuki kediaman masing-masing.
Raikan Pongal dengan Semangat Kelestarian
Perayaan Pongal yang disambut masyarakat Tamil di seluruh dunia bukan sekadar pesta menuai, sebaliknya menjadi simbolik atau hari menyatakan kesyukuran kepada alam sekitar.
Lawatan kerja: PM adakan pertemuan dengan syarikat gergasi UAE
Irfan Faruqi bawakan perkembangan terkini lwatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Tujuh hospital dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan internet - Teo
Sebanyak tujuh hospital telah dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan dan kualiti internet setakat ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
PM Anwar ucap selamat menyambut perayaan Ponggal kepada komuniti India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut perayaan Ponggal kepada seluruh komuniti India di Malaysia.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati.
Arab Saudi namakan projek naik taraf Masjidil Haram sebagai 'Serambi Saudi'
Serambi Saudi menyediakan ruang yang lebih luas berdasarkan piawaian kejuruteraan yang berkualiti tinggi dan tepat.