KUALA LUMPUR: Arab Saudi pada Isnin melancarkan persidangan dan pameran antarabangsa yang bertujuan mengumpul cadangan untuk memperkasa perkhidmatan haji dan umrah selari dengan Wawasan 2030 negara itu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan kepada Bernama hari ini, Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur memaklumkan acara tiga hari bertemakan "Transformasi Ke Arah Inovasi," itu dilancarkan Penasihat Penjaga Dua Masjid Suci dan Gabenor wilayah Mekah, Putera Khalid Al -Faisal.
Dianjurkan Kementerian Haji dan Umrah dengan kerjasama Program Doyof Al Rahman (Tetamu Allah), persidangan yang diadakan di Jeddah Superdome itu dihadiri menteri dari lebih 20 negara.
Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah dalam ucapannya berkata, Doyof Al Rahman merupakan satu daripada tonggak Wawasan 2030 Arab Saudi untuk memperkukuh lagi perkhidmatan haji dan umrah.
"Semua sasaran itu bertujuan merealisasikan satu matlamat yang sentiasa menjadi kepentingan utama kepimpinan kami, iaitu memastikan jemaah haji dan umrah menyempurnakan lawatan dan ibadah mereka dengan mudah, selesa dan tenang," katanya.
COVID-19 memberi impak besar kepada haji dan umrah, terutamanya dari segi kapasiti serta akses dan Arab Saudi telah membangunkan aplikasi mudah alih yang boleh digunakan semasa melakukan ibadah itu, katanya.
Beliau berkata, aplikasi "Eatmarna" akan membantu dalam mengatur akses ke Dua Masjid Suci dan dapat mengurangkan kesesakan.
Pada acara itu, beliau turut mengumumkan pelancaran Cabaran Haji dan Umrah bertujuan menarik usahawan, mengumpul idea kreatif dan melaksanakannya bagi memastikan jemaah haji dapat menikmati pengalaman yang lebih baik. - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 22 2022

Persidangan dan pameran antarabangsa yang dianjurkan itu bertujuan mengumpul cadangan untuk memperkasa perkhidmatan haji dan umrah selari dengan Wawasan 2030 Arab Saudi. - Gambar hiasan

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.

Kos tunai haji melalui syarikat swasta dijangka cecah RM50,000
Ini berikutan kos pengurusan haji yang semakin meningkat meliputi penginapan, makanan dan pengangkutan yang perlu ditanggung jemaah.

Pemain industri pakej haji harap kuota jemaah Malaysia ditingkatkan
Pemain industri berkenaan pakej haji dan umrah terasa (impak) ketiadaan jemaah selama tiga tahun iaitu pada 2020, 2021 dan tahun ini.

Arab Saudi anjur persidangan antarabangsa perkhidmatan haji, umrah
Persidangan itu bertujuan mengumpul cadangan untuk memperkasa perkhidmatan haji dan umrah selari dengan Wawasan 2030 Arab Saudi.