BANGKOK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru ASEAN untuk mencari strategi dan pendekatan baharu dalam menyelesaikan krisis yang sedang berlaku di Myanmar.
Dalam temu bual eksklusif dengan Thai Public Broadcasting Service (PBS Thai), Anwar berkata krisis di Myanmar tidak lagi boleh dianggap sebagai hal ehwal dalam negara kerana ia telah memberi kesan kepada negara jiran termasuk Thailand, Malaysia dan Indonesia ekoran kebanjiran pelarian yang melarikan diri dari negara itu.
"Konflik Myanmar nampaknya tidak akan selesai dalam masa terdekat melainkan ASEAN menyemak semula, mengenai apa, itu kita perlu bincangkan.
"'ASEAN Way' sangat produktif dalam menangani banyak isu lain (di rantau ini). Bagaimanapun, 'ASEAN Way' perlu disemak semula apabila melibatkan krisis Myanmar kerana penglibatan konstruktif tidak berfungsi dalam hal ini," katanya.
Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada November tahun lepas dan menyifatkan dirinya sebagai "junior" dalam kalangan pemimpin ASEAN yang lain, menyatakan bahawa beliau telah membincangkan isu mengenai Myanmar dengan rakan sejawatnya di Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand semasa lawatan rasminya.
"Memandangkan Indonesia mengetuai (Pengerusi ASEAN tahun ini), mungkin dalam satu atau dua minggu akan datang saya akan bertemu dengan Presiden Indonesia Jokowi (Joko Widodo) dan memberi pandangan saya tentang apa yang telah berlaku (di Myanmar) dan meminta pandangannya serta merangka strategi baharu," katanya.
Semasa lawatan sulungnya ke Thailand, Anwar telah bertemu rakan sejawatnya Prayuth Chan o-cha pada Khamis dan membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama termasuk Myanmar.
Pada sidang media bersama selepas mesyuarat itu, Anwar berkata ASEAN harus mengambil tindakan yang koheren dan bersepadu sebagai badan serantau dalam menyelesaikan krisis di Myanmar.
Mengenai konflik Selatan Thailand, Anwar menegaskan Malaysia akan "melakukan apa sahaja yang diperlukan" untuk memudahkan proses damai.
"Saya memberitahu Perdana Menteri (Prayuth) bahawa dengan persetujuan anda (Prayuth), saya akan melakukan apa sahaja yang perlu, bercakap dan melibatkan rakan-rakan kita di selatan serta mereka di Bangkok.
"Selain itu, kita perlu memastikan rundingan dan mesyuarat berlangsung lebih kerap dan isu yang dibangkitkan mesti ditangani.
"Pendirian kami adalah tidak berkompromi dengan sebarang bentuk keganasan," katanya.
Malaysia adalah fasilitator bagi proses dialog damai dalam menamatkan konflik berpuluh tahun di Selatan Thailand.
Anwar berkata bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, dilantik sebagai ketua fasilitator Malaysia yang baharu berkuat kuasa 1 Januari mempunyai pemahaman yang baik mengenai situasi di selatan serta sahabat kepada banyak pihak di kerajaan itu.
"Ini akan sangat membantu dalam rundingan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2023

Anwar berkata ASEAN harus mengambil tindakan yang koheren dan bersepadu sebagai badan serantau dalam menyelesaikan krisis di Myanmar. - FB/ Anwar Ibrahim
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

98.86 peratus pelajar SBP ambil pakej STEM - KPM
Semua sekolah berasrama penuh (SBP) sedang melaksanakan pakej bidang Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam usaha merealisasikan sasaran dasar 60 peratus murid dalam bidang STEM.

Perbelanjaan baiki tandas sekolah seluruh negara cecah RM1 billion - PM
Perdana Menteri menyedari banyak masalah yang dihadapi termasuk pembangunan, kantin dan tandas sekolah yang memerlukan perhatian segera.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Projek pembangunan dan kebajikan rakyat diteruskan di semua kawasan - PM Anwar
Perdana Menteri memberi jaminan segala projek pembangunan dan kebajikan rakyat di semua kawasan akan diteruskan.

“Ibu dan isteri, dua wanita terpenting dalam hidup saya" - Anwar
Ibu, Allahyarhamah Che Yan Hamid Hussein, dan isteri tercinta, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan dua wanita yang penting bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jangan guna isu perkauman sebagai senjata politik - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan peringatan supaya tidak menggunakan isu berkaitan 3R (Kaum, Agama dan Raja).

PM Anwar akan turun ke negeri-negeri mulai minggu depan - PMO
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke negeri-negeri mulai minggu hadapan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI.

Benar keluar KWSP awal ibarat 'dera', 'hukum' pencarum apabila bersara - PM
Majoriti pencarum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan akan berhadapan dengan masalah apabila mencapai usia persaraan.

Caruman KWSP untuk bukan warganegara, nilai KDNK tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Chiew Choon Man (PH-Miri) akan meminta penjelasan mengenai caruman KWSP untuk bukan warganegara yang dilihat membebankan majikan.

PM Anwar laksana program Ihya' Ramadan, santuni penjawat awam, rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaksanakan Program Ihya' Ramadan di pelbagai kementerian sepanjang bulan Ramadan ini.