Ujarnya, reaksi positif itu dapat dilihat meliputi setiap tahap daripada peringkat pemimpin politik, penjawat awam dan pekerja swasta.
"Negara tidak mampu kekal di tahap yang lama, anjakan itu perlu.
"Orang berbicara tentang anjakan tetapi tidak ramai yang faham dan cuba melaksanakan anjakan itu.
"Jika tidak dilakukan perubahan yang lebih bermakna, lebih lancar, kita akan kembali kepada keadaan yang muram dan lembap dalam sudut ekonomi,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam bersama Delegasi Malaysia di Vientiane yang dihoskan Duta Besar Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud.
Hadir sama, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Dalam pada itu, Anwar berkata, kestabilan politik yang dimiliki negara ketika ini perlu digunakan sepenuhnya untuk terus menambah baik tatakelola yang ketika ini menjadi kunci utama kepada pembangunan negara dan mengangkat martabat rakyat.
“Kita gunakan itu perbaiki tatakelola kerana tidak ada negara dengan kekayaan sebesar mana pun yang mampu mengangkat martabat masyarakat bangsa dan negara tanpa satu pengurusan, amanah yang bertanggungjawab.
"Sebab tu kita mulakan dengan dasar tersebut, kemudian kita perkenalkan dasar yang jelas, perindustrian, digital, tenaga, semikonduktor supaya orang tahu dan ini memungkinkan kita, meyakinkan mereka (pelabur) bila dia datang, dia hendak lihat apakah ada tahap kecekapan yang diharapkan,” katanya.