ABUJA (Nigeria): Angka kematian akibat demam Lassa di Nigeria meningkat kepada 163 pada Khamis.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria memaklumkan bahawa wabak demam Lassa terus merebak di 34 negeri dan wilayahnya, lapor Agensi Anadolu.

Kerajaan Nigeria sebelum ini mengumumkan bahawa tiga jenis ubat dikenal pasti untuk merawat penyakit ini.

Pada 2023, sebanyak 1,227 kes demam Lassa dilaporkan dengan 219 kematian.

Demam Lassa kali pertama dikesan di Nigeria pada 1969 di negeri Borno, timur laut negara itu.

Pada 23 Januari 2019, kerajaan Nigeria mengisytiharkan darurat akibat wabak demam Lassa.

Penyakit ini disebarkan melalui pendedahan kepada makanan atau barangan yang tercemar oleh air kencing dan najis tikus Mastomys, boleh menjangkiti individu lain dan boleh membawa maut.


INFO:
*Demam Lassa adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Lassa, yang ditularkan melalui air kencing atau tahi tikus yang tercemar. Penyakit ini umumnya ditemukan di Afrika Barat, terutama di negara-negara seperti Sierra Leone, Liberia, Guinea, dan Nigeria.