WASHINGTON: Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) menguatkuasakan sekatan pergerakan (lockdown) pada petang Rabu ketika Polis Capitol AS menyiasat laporan "seorang penembak aktif" di bangunan pejabat itu, lapor Xinhua.
"Pegawai kami sedang mengesan di dalam dan di sekitar bangunan pejabat Senat sebagai tindak balas kepada panggilan 911(kecemasan) berkenaan. Sila jauhi kawasan itu kerana kami masih menyiasat," ciap Polis Capitol AS pada 2:45 petang (1845 GMT).
Polis Capitol AS meminta orang ramai di dalam bangunan Senat untuk berlindung di tempat selamat ketika pegawai polis sedang menggeledah bangunan untuk mencari suspek. Isyarat ancaman tamat dikeluarkan pada 4:04 petang (2004 GMT).
Polis Capitol AS kemudian berkata pihaknya bersedia untuk membuka semula bangunan pejabat Senat.
Ketua Polis Capitol AS Thomas Manger memberitahu pemberita bahawa panggilan kecemasan mengenai penembak aktif mungkin palsu dan tiada pengesahan mengenai ancaman itu.
Dewan Senat kini dalam cuti rehat musim panas dan kebanyakan anggota kongres tidak berada di Washington, D.C.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023
Polis Capitol AS meminta orang ramai di dalam bangunan Senat untuk berlindung di tempat selamat ketika pegawai polis menggeledah bangunan untuk mencari suspek. - Gambar/ Reuters
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Ringgit dibuka tinggi susulan data ekonomi Amerika Syarikat lemah
Pada 9 pagi, ringgit diniagakan tinggi pada paras 4.7100/7130 berbanding dolar US daripada 4.7180/7210 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.
OpenAI bakal tinggalkan China, syarikat AI lain mungkin menyusul
OpenAI mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa mereka akan meninggalkan pasaran China pada 9 Julai ini.
Pasangan panda gergasi China tiba di AS
Yun Chuan, panda gergasi jantan berusia lima tahun dan Xin Bao, panda betina berusia empat tahun, dipilih dari CCRCGP.
Pentadbiran Biden sangat teruk, paling buruk dalam sejarah - Trump
Trump menegaskan bahawa di bawah pentadbirannya, ekonomi negara mencapai prestasi terbaik, dengan banyak negara mengagumi kejayaan tersebut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuaca panas: Patung lilin replika Abraham Lincoln cair di kepala
Patung lilin replika Abraham Lincoln dilihat tidak dapat menampung suhu panas yang melanda Washington DC.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AS kekalkan Malaysia dalam senarai pantauan manipulasi mata wang
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengekalkan Malaysia dalam senarai pantauan manipulasi mata wang, bersama-sama Singapura, Vietnam dan empat negara lain.
Sukan Olimpik: Siapa boleh tewaskan Snoop Dog dalam 200m?
Penyanyi rap Amerika Syarikat, Snoop Dog mencuri tumpuan apabila menyertai acara sokongan dalam Kejohanan Ujian Olimpik Amerika Syarikat.
Malaysia sokong penyelesaian dua negara, AS kena pastikan Israel patuh resolusi
Malaysia berpendirian teguh bahawa tumpuan ketika ini adalah untuk memastikan pembunuhan terhadap rakyat Gaza dihentikan segera.