"Saya melihat bapa dalam klip video yang ditularkan," menurut anak seorang mangsa yang cedera dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Bukit Timah (BKE) lewat petang semalam.
Lantas, Chin Jia Yi tertanya-tanya mengapa bapa beliau berada di kawasan kemalangan itu yang melibatkan sembilan penunggang motosikal, kesemuanya rakyat Malaysia, yang dirempuh sebuah van.
"Saya terus menghubungi ibu yang ketika itu baru sahaja menerima panggilan daripada bapa.
"Saya berasa sedikit lega kerana bapa hanya cedera di paha kiri setelah dihempap motosikal," katanya kepada Bernama ketika ditemui di perkarangan Hospital Khoo Teck Puat (KPTH) sementara menunggu waktu melawat bermula, ditemani ibu dan teman lelakinya.
BACA: Dua warga Malaysia maut nahas di Singapura
BACA: Identiti dua penunggang motosikal yang maut kemalangan di Singapura dikenal pasti
Kata Jia Yi, bapanya mungkin akan dibenarkan dari wad keluar hari ini.
Dalam kemalangan itu, dua penunggang motosikal warga Malaysia masing-masing berusia 34 dan 50 tahun, maut di tempat kejadian.
Enam penunggang lain yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan dibawa ke KPTH untuk mendapatkan rawatan.
Media tempatan melaporkan sekumpulan penunggang motosikal sedang berteduh daripada hujan ketika kejadian rempuhan itu berlaku.
Mengimbas kembali kemalangan itu, Jia Yi berkata, menurut bapanya, dia dan beberapa lagi penunggang motosikal berhenti untuk menyarung baju hujan kerana ketika itu hujan sudah bermula.
"Bapa tiba-tiba mendengar bunyi yang amat kuat lalu rebah bersama-sama yang lain.
"Bapa cerita pada ibu, dia bernasib baik kerana berada di hujung sekali ketika kejadian berlaku," katanya.
Bapa Jia Yi, Chin Boh Fatt, 54, bekerja di sektor pembinaan di Singapura sejak 30 tahun yang lalu.
Dia pulang awal dari kerja pada hari kejadian, kata Jia Yi, yang menetap di Skudai.
Semalam, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata pemandu van rakyat tempatan berusia 25 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.
Lesen memandu lelaki itu akan digantung serta-merta, kata SPF.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2017
"Saya melihat bapa dalam klip video yang ditularkan," menurut anak seorang mangsa yang cedera dalam kemalangan ngeri di BKE semalam. - Gambar Google Maps
Perpaduan kaum, kepelbagaian budaya bukan suatu yang kekal tanpa usaha - Aaron
Perpaduan kaum dan kepelbagaian budaya di negara ini perlu terus diperkukuh oleh semua pihak dan tidak boleh mengambilnya sebagai sesuatu yang kekal tanpa usaha.
Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard
Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard.
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
Lumba haram: Enam lelaki ditahan di Lebuhraya Butterworth-Kulim
Polis menahan enam lelaki kerana dipercayai berlumba haram dan menyita 30 buah motosikal, dalam operasi samseng jalanan yang dijalankan di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).
Pemandu maut MPV rempuh plaza tol
Mangsa yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza meninggal dunia di tempat kejadian.
Gara-gara tak puas hati bunyi hon, lelaki naik angin pecahkan cermin kereta
Setelah cermin keretanya dipecahkan, mangsa bertindak dengan terus memandu kenderaannya ke balai polis.
Kadar tol PLUS lebih murah mulai tengah malam ini
Bermula tengah malam ini, jutaan pengguna di semua lebuh raya Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan menikmati pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus bagi penggunaan kenderaan persendirian.
Lori ais rempuh tembok tol, seorang maut
Seorang lelaki maut manakala penumpangnya cedera ringan selepas lori ais yang dinaiki mereka melanggar tembok Tol Lunas Lebuhraya Butterworth-Kulim
Visa bekerjasama dengan PLUS permudahkan bayaran tol
Berkongsi kepakaran teknologi, Visa akan menawarkan satu sistem pembayaran terbuka di Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Plaza Tol Jitra mulai 15 Dis 2018.
Gara-gara jaket dan rantai motosikal, anak maut, bapa cedera
Jaket yang dipakai mangsa terbelit pada rantai motosikal dan menyebabkannya terjatuh dan meninggal dunia ditempat kejadian.
4 anggota 'Geng Tebuk' warga Vietnam ditembak mati
'Geng Tebuk', yang menjadi buruan polis, terlibat dengan kegiatan pecah masuk gudang dan pasar raya untuk menebuk peti simpanan wang.
Jururawat maut kereta dirempuh
Seorang jururawat maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 8.1, Lebuhraya Kulim Butterowrth (BKE) pagi ini.
Pekerja lebuh raya maut dilanggar
Mangsa dikatakan tidak meletakkan sebarang tanda amaran sebagai langkah keselamatan ketika menjalankan kerja penyelenggaraan.