Seorang pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) yang sedang membuat kerja-kerja penyelenggaraan jalan, maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di KM14.6 Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), pada Selasa.
Dalam kemalangan jam 12.05 tengah hari itu, mangsa, Mohd Arif Ghazali, 27 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang sedang membuat kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilanggar oleh sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 36 tahun.
Katanya, mangsa sebelum itu dikatakan tidak meletakkan sebarang tanda amaran sebagai langkah keselamatan ketika menjalankan kerjanya itu.
Tindakannya itu menyebabkan sebuah kereta yang datang dari arah Lunas, Kedah terpaksa berhenti secara mengejut bagi memberi laluan kepada pekerja berkenaan menjalankan tugasnya.
Bagaimanapun, sebuah lori yang datang dari arah sama gagal mengawal kenderaannya sebelum merempuh kereta yang berhenti di hadapannya dan menyebabkan kenderaan itu melanggar mangsa.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Jan 09 2018

Mangsa dikatakan tidak meletakkan sebarang tanda amaran sebagai langkah keselamatan ketika menjalankan kerja penyelenggaraan. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Lumba haram: Enam lelaki ditahan di Lebuhraya Butterworth-Kulim
Polis menahan enam lelaki kerana dipercayai berlumba haram dan menyita 30 buah motosikal, dalam operasi samseng jalanan yang dijalankan di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

Pemandu maut MPV rempuh plaza tol
Mangsa yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza meninggal dunia di tempat kejadian.

Gara-gara tak puas hati bunyi hon, lelaki naik angin pecahkan cermin kereta
Setelah cermin keretanya dipecahkan, mangsa bertindak dengan terus memandu kenderaannya ke balai polis.

Kadar tol PLUS lebih murah mulai tengah malam ini
Bermula tengah malam ini, jutaan pengguna di semua lebuh raya Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan menikmati pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus bagi penggunaan kenderaan persendirian.

Lori ais rempuh tembok tol, seorang maut
Seorang lelaki maut manakala penumpangnya cedera ringan selepas lori ais yang dinaiki mereka melanggar tembok Tol Lunas Lebuhraya Butterworth-Kulim

Visa bekerjasama dengan PLUS permudahkan bayaran tol
Berkongsi kepakaran teknologi, Visa akan menawarkan satu sistem pembayaran terbuka di Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Plaza Tol Jitra mulai 15 Dis 2018.

Gara-gara jaket dan rantai motosikal, anak maut, bapa cedera
Jaket yang dipakai mangsa terbelit pada rantai motosikal dan menyebabkannya terjatuh dan meninggal dunia ditempat kejadian.

4 anggota 'Geng Tebuk' warga Vietnam ditembak mati
'Geng Tebuk', yang menjadi buruan polis, terlibat dengan kegiatan pecah masuk gudang dan pasar raya untuk menebuk peti simpanan wang.

Jururawat maut kereta dirempuh
Seorang jururawat maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 8.1, Lebuhraya Kulim Butterowrth (BKE) pagi ini.

Pekerja lebuh raya maut dilanggar
Mangsa dikatakan tidak meletakkan sebarang tanda amaran sebagai langkah keselamatan ketika menjalankan kerja penyelenggaraan.