PERMATANG PAUH: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya merempuh tembok Plaza Tol Kubang Semang, Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) arah Butterworth dekat sini, hari ini.
Mangsa lelaki yang identitinya belum dikenal pasti itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan selepas tersepit di dalam MPV berkenaan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 1.02 tengah hari sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penanti dan Perai dihantar ke lokasi kejadian.
"Kemalangan jalan raya itu melibatkan sebuah Toyota Avanza yang telah melanggar tembok plaza tol.
"Terdapat seorang mangsa lelaki yang belum dikenal pasti identiti tersepit dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas pada jam 2.43 petang sebelum operasi ditamatkan pada jam 2.51 petang.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Aug 15 2021

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas tersepit di dalam MPV berkenaan. - Gambar/ JBPM
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Warga emas maut rempuh plaza tol
Seorang warga emas maut selepas kenderaan dipandunya merempuh Plaza Tol Taman Rimba Templer, di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) di sini pada Khamis.

Pemandu maut MPV rempuh plaza tol
Mangsa yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza meninggal dunia di tempat kejadian.

Bas bawa pesakit COVID-19 rempuh plaza tol
Bas itu dalam perjalanan dari Perak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang terletak di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.