Kecil dan comel tetapi garang.

Biarpun hanya berusia empat bulan, anak panda pertama yang dilahirkan di Perancis mula tunjuk perangai.

Isteri Presiden Perancis, Bridget Macron yang hadir pada upacara penamaan anak panda itu di Zoo Beauval, di selatan Paris semalam, terkejut apabila Yuan Meng cuba mengacah Macron yang mahu membelai haiwan comel itu.

Malah, Yuang Meng juga menggeram ke arah Macron yang merupakan 'ibu angkatnya.'

Nama diberi kerajaan China, Yuan Meng yang bermaksud 'impian menjadi kenyataan' itu diumumkan Macron pada majlis tersebut.

Mungkin keadaan bising dan sesak menyebabkan mamalia itu naik angin.

Terdahulu, Macron dalam ucapannya berkata kerajaan Perancis cukup 'gembira dan berbangga' dengan kehadiran pasangan panda gergasi dan anaknya yang dipinjamkan China, sebagai simbolik diplomasi kedua buah negara.