Amerika Syarikat telah mulakan pengeboman udara ke atas sasaran militan Islam di Irbil, berdekatan bandar Kurdish.
Ia menandakan serangan udara pertama AS ke atas Iraq semenjak ia menarik balik tentera daratnya dari negara bergolak itu pada 2011.
Barack Obama pada Khamis memberikan kebenaran untuk melancarkan serangan udara ke atas Iraq.
Berikutan itu, dua jet FA-18 menjatuhkan bom berpandukan laser seberat 227 kg ke atas sasarannya, iaitu Pergerakan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIS).
AS mendakwa ISIS melakukan serangan ke atas tentera Kurdish bernama ‘pershmega’ yang cuba mempertahankan Irbil dan mengancam warga AS di bandar tersebut.
"Seperti mana yang telah dijelaskan presiden, tentera AS akan meneruskan serangan tindak balas ke atas ISIS apabila mereka mengancam kakitangan dan kemudahan kami," menurut jurucakap Pentagon John Kirby.
Tindak balas AS ke atas ISIS berikutan serangan puak pelampau Islam itu ke atas golongan minoriti Yazidi yang dikepung di Gunung Sinjar dan juga ancaman ke atas Irbil dan Baghdad, di mana terletaknya "penasihat tentera" US.
Jet perang AS, difahamkan, sudah lama beroperasi di kawasan Kurdish dan Pentagon khuatiri kehadiran ISIS di Irbil akan menjadi ancaman.
Obama, dalam ucapannya pada Khamis, menyatakan AS bertindak untuk mengelakkan pembunuhan beramai-ramai atau genosid oleh ISIS terhadap golongan minoriti.
"Awal minggu ini, seluruh Iraq bersedih menuntut perhatian dunia, tidak ada satu bantuan pun yang datang. Hari ini Amerika datang untuk membantu," kata Obama dalam ucapannya.
"Apabila kita berhadapan dengan situasi yang begitu ramai rakyat tidak bersalah terlibat, apabila kita diminta untuk membantu oleh kerajaan Iraq sendiri serta apabila kita mampu untuk membantu, maka saya percaya bahawa Amerika Syarikat tidak boleh menutup mata.”
Obama turut memberitahu bahawa beliau tidak akan mengerahkan semula pasukan tentera darat ke Iraq.
"Sebagai Ketua Komander, saya tidak akan membenarkan Amerika terlibat dalam memerangi satu lagi perang di Iraq.
"Walaupun kita menyokong Iraq kerana sanggup menentang pengganas, tentera Amerika tidak akan kembali berperang di sana,” katanya lagi.
Bantuan kemanusiaan seperti bekalan makanan dan air sudah mula diturunkan dari udara kepada penduduk Iraq yang melarikan diri dari serangan puak pelampau Islam itu.
Agensi
Fri Aug 08 2014
Serangan udara Amerika Syarikat di Iraq. - Foto AFP/Tentera Laut AS/Joshua Card
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Menteri Kesihatan luah rasa sebak dengar perbahasan Ahli Parlimen hari ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa sebak ketika berucap selepas mendengar semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang melibatkan ketanggungjawaban kementerian dibawahnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan segera mengatasi masalah isu sampah selepas seorang pelancong warga eropah memuat naik video menampakkan keadaan kawasan perairan Jesselton Point terjejas dengan sisa plastik.
Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri
Badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan negeri (GLC) negeri digesa menyokong aspirasi kerajaan membangunkan ekonomi negeri secara holistik sekali gus menyumbang kepada hasil kerajaan negeri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Hyundai panggil balik 42,000 kereta di AS kerana risiko pergerakan spontan - Laporan
Pergerakan spontan berlaku disebabkan masalah pendawaian, menurut laporan itu.
Amerika tak mahu lagi jadi 'polis dunia', PM Singapura beri amaran dunia makin bahaya
"Semua orang bimbang kerana kita berada dalam dunia yang jauh lebih berbahaya hari ini," kata Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong ketika beliau merenungkan landskap global yang berkembang.
2 maut pesawat peronda terhempas di Colorado
Dua orang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan pesawat di Colorado, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, disahkan oleh pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.