Kumpulan aktivis demokrasi Myanmar melancarkan tunjuk perasaan bagi mendesak kerajaan melaksanakan pindaan ke atas Perlembagaan.

Kumpulan berkenaan diketuai pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi mahu pindaan dibuat menjelang pilihan raya umum tahun depan.

Ribuan penyokong parti dan pemimpin ternama turut menyertai protes di bandar Yangon itu.

Perlembagaan ketika ini sukar dipinda tanpa sokongan kerajaan dan tentera dimana pindaan tersebut memerlukan 75 peratus kelulusan dari Parlimen.

Bagaimanapun, pihak tentera memegang 25 peratus daripada kerusi tersebut, sekaligus memberinya kuasa veto.

Perlembagaan tersebut melarang Suu Kyi menjadi Presiden kerana anaknya memegang kewarganegaraan Britain.

Rapat umum diadakan oleh Suu Kyi bagi melobi sokongan umum dan meyakinkan tentera serta kerajaan untuk meminda Perlembagaan.