SINGAPURA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat Kem Pasir Ris di sini pada hari ketiga lawatan negara Seri Paduka ke Singapura.
Keberangkatan tiba Seri Paduka ke kem latihan komando itu pada kira-kira 11.45 pagi disambut Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen dan Panglima Tentera Darat Singapura Brigedier Jeneral David Neo.
Sejurus keberangkatan tiba, Seri Paduka diberikan tabik hormat diraja daripada kawalan kehormatan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), disusuli pemeriksaan perbarisan tentera dengan diiringi Ng.
Semasa di kem itu, Al-Sultan Abdullah berkenan menyaksikan demonstrasi pasukan antikeganasan dalam misi menyelamatkan mangsa serta turut menembak peluru latihan ke atas sasaran pengganas simulasi.
Seri Paduka kemudian dipersembahkan dengan demonstrasi terjun bebas daripada pasukan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) di Airborne-Trooper Training Facility (ATF) dan kemudiannya menaiki satu daripada aset RSAF iaitu helikopter Chinook (CH-47F) selama kira-kira setengah jam.
Delegasi Malaysia yang hadir antaranya Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin selaku Pegawai Pengiring dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak.
Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopalan Menon.
Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di Singapura pada Selasa lepas sempena lawatan negara ke republik berkenaan yang berakhir esok.
Lawatan negara itu mencerminkan hubungan dua hala rapat serta istimewa antara Malaysia dan Singapura bermula sejak 57 tahun lepas.
Yang di-Pertuan Agong turut berkenan melawat Pusat Pelawat NEWater (NVC) hari ini, dengan keberangkatan Seri Paduka disambut oleh Menteri Kemampanan dan Sekitaran Singapura Grace Fu.
Al-Sultan Abdullah yang berada di fasiliti berkenaan lebih setengah jam bermula pada 9.30 pagi, diberikan taklimat berhubung kaedah pemprosesan rawatan air dengan mengitar semula air yang sudah digunakan dan dibekalkan kepada rakyat Singapura terutamanya sektor perindustrian.
NVC ialah hab pendidikan yang menggalakkan kelestarian air di Singapura dan berkongsi cara penghasilan bekalan air di NEWater dengan menawarkan lawatan interaktif serta bengkel pendidikan kepada pengunjung.
NVC diselia oleh Lembaga Kemudahan Awam (PUB) iaitu sebuah badan berkanun di bawah Kemampanan dan Sekitaran Singapura. PUB adalah agensi yang menguruskan bekalan air, tadahan air, dan air terpakai secara bersepadu di Singapura.
Pada malam ini, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadual berangkat ke Majlis Santapan Malam bersama diaspora Malaysia di Hotel Shangri-La.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 27 2022
Keberangkatan tiba Seri Paduka ke kem latihan komando itu pada kira-kira 11.45 pagi disambut Menteri Pertahanan Singapura Ng Eng Hen. - Bernama
85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN
Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah tunggakan bil elektrik di seluruh negara melonjak kepada RM 1.08 billion setakat September 2024, melibatkan 627,491 akaun yang bekalannya telah dipotong, menurut statistik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Agong titah penjawat awam laksana tanggungjawab penuh integriti - KSN
Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua penjawat awam untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti.
Agong terima menghadap Peguam Negara baharu
Menerusi hantaran di Facebook baginda, pertemuan tersebut berlangsung di Istana Negara pada Selasa.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Ketua Polis Indonesia, Filipina dahului penerima DKPP daripada Agong
Dua pegawai tertinggi polis Indonesia dan Filipina itu mendahului 100 penerima pingat termasuk empat pegawai kanan PDRM.
Agong berkenan kurnia 100 pingat pada istiadat DKAT 2024
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Laut ke-19 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.