KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) tidak mengagihkan vaksin COVID-19 kepada pelbagai negara dunia demi mendapatkan imbuhan politik, kata Timbalan Setiausaha Negara, Wendy R. Sherman.
Beliau berkata, pengagihan vaksin itu dibuat berdasarkan kepada keperluan.
Atas dasar itu katanya, AS yang ketika ini menjadi penyumbang terbesar COVAX, komited untuk membantu kemudahan itu dalam memastikan vaksin yang mencukupi dapat diagihkan kepada semua negara.
Beliau berkata, AS juga komited menyediakan 18 juta dos vaksin kepada mereka yang memerlukan ketika proses pengeluaran vaksin itu ditingkatkan.
"Pentadbiran Biden memutuskan apakah cara terbaik untuk kami agihkan.
"Kami tidak mengagihkan vaksin untuk mendapat imbuhan politik, kami mengagihkannya atas dasar keperluan dan saya jangka sejumlah besar akan perlu ke COVAX kerana COVAX akan cuba memastikan agihan vaksin yang saksama," katanya pada taklimat menerusi sidang maya dengan media Asia dari Bangkok, pada Selasa.
Sherman ketika ini dalam rangka lawatan ke Asia Tenggara dan sebelum berada di Bangkok, beliau melawat Indonesia dan Kemboja.
COVAX atau Akses Global Vaksin COVID-19 adalah inisiatif yang diterajui Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Gavi, sebuah pertubuhan perikatan vaksin.
Sehingga kini COVAX sudah pun menghantar lebih 77 juta vaksin kepada 127 negara.
"Jadi kami berusaha setakat apa yang kami terdaya, perkara terbaik yang boleh kami lakukan adalah mengakui sepenuhnya hakikat bahawa tiada siapa yang selamat termasuk AS selagi semua orang belum selamat," katanya.
Pada Februari, Presiden Joe Biden berikrar peruntukan US$4 bilion untuk program vaksin COVID-19 global menerusi sumbangan serta merta sebanyak US$2 bilion manakala US$2 bilion lagi akan disalurkan dalam tempoh dua tahun akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 02 2021

Amerika Syarikat tidak mengagihkan vaksin COVID-19 kepada pelbagai negara dunia demi mendapatkan imbuhan politik. -AP / REUTERS

Tampil tema lagu raya, konsert unik 'M N46IR Cipta Raya' bertemu peminat 13 April ini
M Nasir memaklumkan dia bakal menyanyikan kira-kira 20 lagu yang sesuai dengan tema konsert itu.

LaLiga: Real Madrid ugut tak hadir perlawanan, pemain tak cukup rehat
Skuad terbaik liga Sepanyol itu dikatakan telah mengutarakan masalah berikut, namun tiada perubahan dibuat oleh penganjur.
Perkembangan sempena Kongres Kebangsaan DAP Ke-18
Ketahui siapa terpilih dan siapa tersingkir dalam Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bersama wartawan Astro AWANI, Khalis Khadir.

Kedah sasar hasilkan varieti benih padi sendiri - Exco
Inisiatif itu turut diharapkan dapat memastikan pesawah tidak lagi dibelenggu isu kartel serta mutu bekalan benih yang tidak berkualiti.

Angka kematian akibat letupan di Latakia, Syria meningkat kepada 10
Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 14 lagi cedera pada Sabtu susulan letupan di sebuah bangunan empat tingkat di barat laut Syria.

'Menang kalah adat bertanding' - Guan Eng terbuka jika tidak lagi dipilih perwakilan DAP
Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng mengambil pendirian terbuka jika beliau tidak lagi dipilih menganggotai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baharu yang akan ditentukan hari ini.

Sibuk siapkan album, Shila Amzah akui tak sempat keluarkan lagu raya tahun ini
Shila tidak menolak kemungkinan untuk menghasilkan lagu raya pada tahun hadapan sekiranya keadaan mengizinkan.
JAKIM tegaskan karya seni perlu selari prinsip akidah
JAKIM menasihati penerbit 'Bidaah' berhubung karya seni yang perlu selari dengan akidah, syariah dan akhlak Islam agar tidak timbulkan fitnah

DAP rakan setia Anwar Ibrahim, hanya ‘yes man’ kepada rakyat - Guan Eng
DAP hanya tunduk kepada pengundi dan rakyat Malaysia, bukan kepada individu atau pihak tertentu.

Guterres puji peranan Bangladesh dalam misi pengaman PBB, sokongan kepada Rohingya
Antonio Guterres memuji peranan Bangladesh dalam misi pengaman antarabangsa serta kemurahan hatinya dalam menerima pelarian Rohingya.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jepun alami kekurangan pekerja sepenuh masa paling serius sejak COVID-19
Firma di Jepun kini menghadapi kekurangan pekerja sepenuh masa paling ketara sejak pandemik COVID-19, dengan lebih separuh daripada firma yang disoal selidik melaporkan kekurangan tenaga kerja.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.