GAZA: Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) perlu mengumpul berjuta-juta dolar untuk mengurangkan defisitnya sebelum akhir 2023, kata seorang pegawai UNRWA pada Sabtu.

Penasihat media agensi PBB itu, Adnan Abu Hasna, berkata agensi berkenaan memerlukan lebih banyak bantuan untuk membiayai program kesihatan, pendidikan dan lain-lain, lapor Xinhua.

Beliau berkata kekurangan dana akan menjejaskan program bantuan makanan di Semenanjung Gaza untuk manfaat kepada 1.2 juta pelarian Palestin, program bantuan tunai di Syria dan Lubnan.

Ratusan ribu pelarian di Lubnan dan Syria bergantung dengan bantuan UNRWA. katanya kepada pemberita di Gaza City.

Ditubuhkan pada 1949, UNRWA diberi mandat untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Palestin.

Hampir kesemua pembiayaannya datang daripada sumbangan sukarela.

-- BERNAMA