THE HAGUE: Afrika Selatan pada Jumaat meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menghentikan serangan ketenteraan Israel di bandar Rafah di selatan Gaza, lapor Xinhua.
Dalam permintaan mendesak yang dikemukakan kepada mahkamah itu, Afrika Selatan meminta supaya Israel "segera menarik balik dan menghentikan serangan ketenteraannya" di Rafah.
Israel juga diminta "segera mengambil langkah berkesan untuk memastikan dan memudahkan akses tanpa halangan ke Gaza bagi pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pegawai lain yang terlibat dalam penyediaan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza," kata Afrika Selatan.
Dalam permintaannya, Afrika Selatan menyatakan bahawa langkah-langkah sementara yang ditetapkan oleh mahkamah "tidak mampu sepenuhnya menangani keadaan yang berubah dan fakta baharu..."
Serangan tentera Israel ke atas Rafah menimbulkan "risiko besar" terhadap "bekalan kemanusiaan dan perkhidmatan asas ke Gaza, kelangsungan sistem perubatan Palestin, dan kelangsungan hidup rakyat Palestin di Gaza sebagai satu kumpulan."
Ia juga "menimbulkan fakta baharu yang menyebabkan kerosakan tidak dapat dipulihkan kepada hak rakyat Palestin di Gaza."
"Berdasarkan bukti yang sangat jelas, cara Israel melaksanakan operasi ketenteraannya di Rafah dan kawasan lain di Gaza adalah bersifat genosid. Ia mesti diperintahkan untuk berhenti," katanya.
Afrika Selatan meminta mahkamah mengambil langkah tambahan untuk "melindungi rakyat Palestin di Gaza daripada pelanggaran hak mereka yang serius dan tidak boleh diperbaiki."
"Keadaan yang sangat serius dihadapi lelaki, wanita dan kanak-kanak Palestin di Rafah, serta risiko kewujudan rakyat Palestin di Gaza sebagai sebahagian daripada kumpulan nasional, perkauman dan etnik Palestin, memerlukan tindakan lanjut oleh mahkamah," katanya.
Ini adalah yang terbaru dalam siri permintaan yang dikemukakan oleh Afrika Selatan kepada ICJ berkaitan konflik Israel-Palestin.
Pada 29 Disember 2023, Afrika Selatan mengemukakan permohonan kepada ICJ untuk memulakan prosiding terhadap Israel berkaitan pelanggaran obligasi di bawah Konvensyen Genosid 1948 yang melibatkan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
ICJ, pada 26 Januari, mengarahkan Israel mengambil semua langkah yang boleh untuk mencegah tindakan genosid ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
Afrika Selatan meminta ICJ pada 6 Mac supaya mengeluarkan lebih banyak perintah bagi mendesak Israel untuk menghentikan "kebuluran berleluasa" di Semenanjung Gaza. Pada 28 Mac, ICJ mengarahkan Israel melakukan apa sahaja yang perlu untuk memastikan bantuan asas sampai kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Sat May 11 2024
![Afrika Selatan minta ICJ hentikan serangan Israel ke atas Rafah Afrika Selatan minta ICJ hentikan serangan Israel ke atas Rafah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715425422_airstrike.jpg)
Serangan tentera Israel ke atas Rafah menimbulkan "risiko besar" terhadap "bekalan kemanusiaan dan perkhidmatan asas ke Gaza dan kelangsungan sistem perubatan Palestin. - AP
![Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739748481_GermanyProtest.jpg)
Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan sayap kanan.
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Jasad anggota tentera pengaman PBB dihantar pulang ke Afrika Selatan Jasad anggota tentera pengaman PBB dihantar pulang ke Afrika Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739493398_Congo.jpg)
Jasad anggota tentera pengaman PBB dihantar pulang ke Afrika Selatan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa sekali lagi menekankan gesaan untuk segera melakukan gencatan senjata.
![Afrika Selatan harap Trump lawat negara itu menjelang Sidang Kemuncak G20 Afrika Selatan harap Trump lawat negara itu menjelang Sidang Kemuncak G20](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738814688_TBCyrilRamaphosa.jpg)
Afrika Selatan harap Trump lawat negara itu menjelang Sidang Kemuncak G20
Afrika Selatan berharap Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan melawat negara itu tahun ini sempena Sidang Kemuncak G20.
![Afrika Selatan nafi ‘rampas tanah’ selepas Trump ancam henti salur bantuan Afrika Selatan nafi ‘rampas tanah’ selepas Trump ancam henti salur bantuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738625101_TBCyrilRamaphosa.jpg)
Afrika Selatan nafi ‘rampas tanah’ selepas Trump ancam henti salur bantuan
Presiden Cyril Ramaphosa nafi dakwaan Presiden Trump bahawa pihak berkuasa Afrika Selatan sedang "merampas tanah."
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738564236_DonaldTrump.jpg)
Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata bahawa beliau akan menghentikan bantuan kepada Afrika Selatan.
![Cucu Mandela ditahan berhubung kes rampas kereta, miliki senjata api Cucu Mandela ditahan berhubung kes rampas kereta, miliki senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736399184_TBNELSON.jpg)
Cucu Mandela ditahan berhubung kes rampas kereta, miliki senjata api
Polis dari unit tindak balas taktikal JMPD menerima maklumat mengenai lokasi sebuah kenderaan yang dirampas daripada syarikat penjejak kereta.
![7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan 7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723780048_policeline.jpg)
7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.
![Afrika Selatan kemuka bukti lebih 750 halaman dalam kes genosid terhadap Israel Afrika Selatan kemuka bukti lebih 750 halaman dalam kes genosid terhadap Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51727933522_TBHAGUE.jpg)
Afrika Selatan kemuka bukti lebih 750 halaman dalam kes genosid terhadap Israel
Dokumen tersebut mengandungi lebih 750 halaman bukti yang disokong ekshibit serta lampiran lebih 4,000 halaman.
![Lelaki bersenjata bunuh 6 peronda dalam tembakan rambang di Afrika Selatan - polis Lelaki bersenjata bunuh 6 peronda dalam tembakan rambang di Afrika Selatan - polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712835586_TBSHOOTING.jpg)
Lelaki bersenjata bunuh 6 peronda dalam tembakan rambang di Afrika Selatan - polis
Sekumpulan lapan lelaki bersenjata didakwa melepaskan tembakan ke arah 10 peronda komuniti pada Ahad malam kira-kira 22:45 waktu tempatan.
![Aktivis anti-apartheid Afrika Selatan Pravin Gordhan meninggal dunia Aktivis anti-apartheid Afrika Selatan Pravin Gordhan meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726234540_tbPravinGordhanSa.jpg)
Aktivis anti-apartheid Afrika Selatan Pravin Gordhan meninggal dunia
Bekas aktivis anti-apartheid Afrika Selatan Pravin Gordhan meninggal dunia pada Jumaat.