ANKARA: Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata kini bermulanya 'Abad Turki' yang akan terus merintis kebangkitan negara ini.
"Turki memasuki era baharu selepas pegundian berakhir dan keputusan diumumkan," katanya dalam ucapan selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden Turki.
Turki mengadakan pilihan raya penentu pada 28 Mei untuk pemilihan presiden selepas tiada calon memperoleh lebih 50 peratus undi yang diperlukan untuk kemenangan pada pusingan pertama pada 14 Mei.
Erdogan memenangi dengan 52.18 peratus undian menewaskan pencabarnya Kemal Kilicdaroglu yang mendapat 47.82 peratus, menurut keputusan rasmi.
Terdahulu, Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) Erdogan dan sekutunya turut memenangi majoriti kerusi parlimen.
"Saya berharap misi yang mulia ini akan membawa kebaikan kepada negara saya yang telah saya abadikan hidup saya untuk berbakti kepada negara dan rakyat. Saya harap kita tidak akan mengecewakan negara dan rakyat kita yang tercinta yang telah memberikan kepercayaan mereka kepada saya, parti dan perikatan kita," kata Erdogan.
Beliau berkata sebagai presiden yang dilantik semula beliau sama sekali tidak akan melupakan limpahan sokongan yang diberikan oleh rakyat Turki.
"Kami akan mendakap semua 85 juta rakyat (di negara ini), tanpa mengira pandangan politik, asal usul, atau mazhab mereka," ikrar Erdogan.
Presiden menambah bahawa beliau tidak akan melupakan limpahan sokongan yang dirasainya di Turki dan wilayah sekitarnya pada 28 Mei.
"Kami akan memeluk semua 85 juta orang (di negara ini), tanpa mengira pandangan politik, asal usul, atau mazhab mereka," kata Erdogan.
Erdogan juga berikrar untuk berkhidmat dan mencurahkan segala baktinya sepanjang tempoh lima tahun akan datang sebagai tanda penghargaan kepada Turki.
Majlis angkat sumpah itu turut dihadiri oleh pegawai kanan kerajaan, termasuk 50 ketua negara, 13 perdana menteri, pegawai parlimen dan peringkat menteri dan wakil pertubuhan antarabangsa, termasuk NATO, Pertubuhan Negara-negara Turki, dan Pertubuhan Kerjasama Islam.
Antara yang hadir ialah Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev, Presiden Republik Turki Utara Cyprus Ersin Tatar, Presiden Venezuela Nicolas Maduro, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Perdana Menteri Armenia Nikol Pashinyan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 04 2023

Turki mengadakan pilihan raya penentu pada 28 Mei untuk pemilihan presiden selepas tiada calon memperoleh lebih 50 peratus undi yang diperlukan untuk kemenangan pada pusingan pertama pada 14 Mei. - Gambar/ Reuters

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

“Netanyahu bukan lagi orang yang boleh kami berbincang” - Presiden Erdogan
Turki putus hubungan dengan Perdana Menteri Israel.

Erdogan, Anwar bincang hubungan dua hala Turki-Malaysia
Erdogan berkata kedua-dua pemimpin itu mengalu-alukan "kuasa yang diberikan kepada Republik Turki Cyprus Utara (TRNC) untuk membuka pejabat perdagangan di Malaysia.

Presiden Erdogan akan berkunjung ke Malaysia dalam masa terdekat - PM
Erdogan menyatakan komitmen untuk memperkukuh lagi hubungan kedua-dua negara kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

'Abad Turki' kini bermula, kata Presiden Erdogan
Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata kini bermulanya 'Abad Turki' yang akan terus merintis kebangkitan negara ini.

Agong ucap tahniah kepada Erdogan
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan atas pemilihan semula sebagai Presiden Turki.

Agong, Presiden Turki zahir kegembiraan atas hubungan kukuh dua hala
Al-Sultan Abdullah berkenan menerima panggilan telefon secara peribadi daripada Erdogan di Istana Negara pada Khamis.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 24 Julai 2020.

Presiden Turki sertai solat Jumaat pertama di Hagia Sophia
Ribuan umat Islam membanjiri Hagia Sophia di Istanbul bagi mengambil bahagian dalam solat Jumaat pertama di masjid tersebut selepas 68 tahun.

Jangan gusar ... kucing popular, Gli kekal di Hagia Sophia
Ramai yang tertanya-tanya nasib Gli, kucing popular yang tinggal di Hagia Sophia selepas monumen enam abad itu dibuka semula menjadi masjid.

Turki longgarkan beberapa fasa perintah berkurung
Namun, pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan kebersihan diri masih perlu diteruskan sebagai normal baharu.