NEW DELHI: Sekurang-kurangnya sembilan orang, termasuk enam wanita terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam letupan sebuah kilang bunga api di negeri Tamil Nadu, selatan India pada Khamis.

Letupan berlaku berhampiran Sivakasi di daerah Virudhunagar, kira-kira 550 km dari ibu negeri Chennai, menurut laporan media tempatan.

Sebanyak tujuh bilik yang dipenuhi mercun musnah dalam kebakaran itu, lapor akhbar Indian Express.

Ketua Menteri Tamil Nadu MK Stalin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dan berjanji untuk menyediakan bantuan kepada mereka.

-- BERNAMA