Sembilan maut dalam serangan dua serangan berasingan di Quetta pada Isnin. Serangan dilakukan sekumpulan lelaki bermotosikal.

Dalam serangan pertama lima penduduk beragama Islam terbunuh. Serangan kedua pula menyasarkan empat sekeluarga penganut Kristian.

Ketua polis tempatan Abdul Qadeer memaklumkan siasatan awal mendapati dua serangan berkenaan tidak berkait satu sama lain.

Sehingga kini masih belum dapat dipastikan pihak mana yang mendalangi serangan ini. Quetta merupakan kubu bagi kumpulan pemisah etnik Baluch dan beberapa lagi militan agama.

Pada Isnin, Panglima Angkatan Tentera Pakistan, Jeneral Qamar Javed bajwa mengesahkan 10 anggota militan dijatuhi hukuman mati termasuk pembunuh penyanyi sufi terkenal negara itu, Amjad Sabri.

Mahkamah tentera mendapati “pengganas” ini bersalah dalam beberapa siri serangan yang meragut 52 nyawa.