PHNOM PENH: Sebanyak 77 barangan kemas kuno Kemboja yang hilang telah diserahkan kembali ke Kemboja oleh keluarga mendiang pengumpul barang antik Douglas Latchford dari Britain, menurut kenyataan akhbar Kementerian Kebudayaan dan Seni Halus pada Isnin.
Emas dan kepingan logam berharga itu terdiri daripada mahkota, rantai, gelang, tali pinggang, anting-anting dan azimat dan dihasilkan semasa zaman praAngkor dan Angkor.
Barangan itu tiba di Kemboja pada Jumaat lepas, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan itu sebilangan daripada khazanah yang belum pernah dilihat sebelum ini, disiarkan dalam buku Khmer Gold: Gifts of the Gods, yang dikarang bersama oleh Emma C. Bunker dan Douglas A.J. Latchford (2008).
Koleksi yang dipulangkan itu, tambahan kepada artifak batu dan gangsa lain yang telah dipulangkan Britain pada September 2021.
Menterinya Phoeurng Sackona berkata keamanan dan kestabilan politik memberi peluang kepada Kemboja untuk mendapatkan semula khazanah yang tidak ternilai itu yang telah dirompak daripada kerajaan semasa perang beberapa dekad lepas.
"Pemulangan khazanah negara ini membuka era baharu pemahaman dan ilmu mengenai empayar Angkor dan kepentingannya kepada dunia," katanya.
Sackona turut meminta individu, muzium dan institusi lain di seluruh dunia yang memiliki artifak Kemboja supaya memulangkannya.
"Kami menganggap pemulangan itu sebagai tindakan yang mulia, yang bukan sahaja menunjukkan sumbangan penting kepada budaya negara, bahkan turut menyumbang kepada perdamaian dan pemulihan rakyat Kemboja yang melalui dekad perang saudara," katanya.
Pada 18 Sept 2020, keluarga Latchford bersetuju untuk memulangkan keseluruhan koleksi barangan antik Kemboja selepas rundingan selama tiga tahun, menurut kementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023

Emas dan kepingan logam berharga itu terdiri daripada mahkota, rantai, gelang, tali pinggang, anting-anting dan azimat dan dihasilkan semasa zaman praAngkor dan Angkor. - Gambar/ Kementerian Kebudayaan dan Seni Halus Kemboja

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

77 perhiasan kuno Kemboja yang hilang dipulangkan
Ia terdiri daripada mahkota, rantai, gelang, tali pinggang, anting-anting dan azimat dan dihasilkan semasa zaman praAngkor dan Angkor.