HOUSTON: Enam remaja maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah trak di lebuh raya di Oklahoma, Amerika Syarikat.
Jabatan Keselamatan Awam Oklahoma berkata nahas berlaku di persimpangan Lebuhraya 377, 22 dan 99 di Tishomingo di Johnston County, kira-kira 120 batu dari Oklahoma City, lapor agensi berita Anadolu.
"Kami amat berduka cita.
"Pelajar dan kakitangan kami turut bersedih," kata Penguasa Sekolah Tishomingo, Bobby Waitman dalam surat kepada ibu bapa dan pelajar.
Penyiasat masih berusaha mengenal pasti punca nahas yang berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari waktu tempatan.
"Doa kami buat setiap keluarga terlibat dan komuniti ini. Tragedi ini akan meninggalkan kesan mendalam sepanjang hayat.
"Masyarakat dan keluarga ini memerlukan sokongan dan doa kita pada masa ini," kata Jabatan Syerif Daerah Johnston dalam catatan di Facebook.
Pihak berkuasa mengesahkan kesemua enam remaja itu adalah perempuan.
Nama dan umur mangsa setakat ini belum diumumkan pihak berkuasa.
Pemandu trak dalam nahas itu walau bagaimanapun terselamat.
Sesi kaunseling akan disediakan kepada pelajar dan kakitangan untuk membantu mereka terkesan akibat tragedi itu.
Tishomingo ialah sebuah pekan kecil dengan populasi kira-kira 3,000 orang.
Astro Awani
Wed Mar 23 2022
Kereta yang dinaiki enam remaja dalam nahas dengan sebuah trak di lebuh raya di Oklahoma, Amerika Syarikat pada Selasa 23 Mac 2022. - Foto AP
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
5 rentung dalam nahas kereta, treler di Lebuhraya Utara Selatan
Nahas melibatkan sebuah kereta dan dua treler yang membawa muatan besi dan mozek.
6 remaja maut kereta bertembung treler
Penyiasat masih berusaha mengenal pasti punca nahas yang berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari waktu tempatan.
4 sekeluarga maut nahas kereta bertembung treler
Siasatan awal mendapati treler muatan bahan binaan yang dipandu dari arah Ipoh dipercayai terbabas.