YEREVAN: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh, dan 17 yang lain masih hilang berikutan satu letupan besar di sebuah pasar di Yerevan, Armenia lapor Xinhua, memetik Kementerian Situasi Kecemasan negara itu pada Isnin.
Seramai 28 orang masih dirawat di hospital, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu, letupan menyebabkan sebuah bangunan tiga tingkat runtuh, manakala hampir 350 anggota bomba dan penyelamat kini sedang mencari mangsa yang terselamat.
Terdahulu, Perdana Menteri Armenia Nikol Pashinyan meninjau operasi menyelamat pada awal pagi Isnin.
Letupan di pusat beli-belah Surmalu di Yerevan itu berlaku Ahad.
Laporan tempatan mengatakan letupan itu bermula di sebuah gudang bunga api di pasar, yang menyebabkan kebakaran besar-besaran.
Pihak berkuasa belum menjelaskan secara terperinci mengenai punca kejadian.
--BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022

Letupan dipercayai bermula di sebuah gudang bunga api di pasar, yang menyebabkan kebakaran besar-besaran. - Gambar/ Reuters

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

6 maut, 17 hilang dalam letupan di pusat beli-belah
Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh, dan 17 yang lain masih hilang berikutan satu letupan besar di sebuah pasar di Yerevan, Armenia.