Sebuah pesawat membawa 45 penyokong pasukan bola sepak terhempas ketika mendarat di bandar Donetsk di Ukraine mengakibatkan lima orang terkorban.

Dua orang cedera, manakala nasib dua mangsa yang lain masih belum diketahui.

Nahas itu turut mengakibatkan pesawat AN24, yang berlepas dari Pelabuhan Black Sea itu terbakar.

Namun tindakan pantas krew penerbangan yang menyelamatkan mangsa mengurangkan angka korban.

Punca kejadian masih disiasat.

Kebanyakan penumpang dalam perjalanan menyaksikan perlawanan bola sepak antara Shakhtar dan Borussia Dortmund.

Mangsa yang terselamat memberitahu kemalangan itu berlaku dengan pantas.

Ia disifatkan sebagai satu mimpi ngeri.