Sekurang kurangnya 270 pendatang yang dipercayai berada di kawasan antara Garabulli dan Zliten, Timur Tripoli berjaya diselamatkan pengawal pantai Libya.

Kesemua pendatang dijangka dipindahkan ke pusat tahanan selepas pendaftaran status masing-masing

Turut sama menyalurkan bantuan kepada kesemua pendatang, sekumpulan doktor dari pertubuhan antarabangsa untuk migrasi serta Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Menurut pegawai yang bertugas, jumlah mangsa yang terselamat dianggarkan antara 250 hingga 280 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak dari pelbagai warganegara Afrika dan Arab.

Secara total, lebih dari 460 pendatang diselamatkan dalam tempoh kurang dari seminggu.