CANBERRA: Pengambilan masuk migran di Australia meningkat dan mencapai rekod tertinggi, memacu kepada lonjakan pertumbuhan populasi di negara ini.
Menurut data yang dikeluarkan Biro Statistik Australia (ABS) pada Khamis, 765,900 migran tiba di Australia dalam tempoh 12 bulan sehingga akhir Sept 2023, meningkat sebanyak 33.9 peratus daripada 12 bulan sebelumnya, lapor Xinhua.
Dalam tempoh sama, 217,100 migran berhijrah keluar dari Australia, menjadikan penghijrahan keluar negara bersih kepada 548,800, angka tertinggi direkodkan untuk tempoh 12 bulan.
"Penghijrahan ke luar negara bersih meningkat sebanyak 60 peratus berbanding tahun lepas," kata Ketua Demografi ABS Beidar Cho dalam satu kenyataan.
Dalam masa tiga bulan sehingga akhir September, penghijrahan luar negara bersih menambah 145,200 orang ke populasi Australia, peningkatan 16 peratus daripada tiga bulan sebelumnya.
Populasi keseluruhan Australia meningkat sebanyak 659,800 orang dalam 12 bulan sehingga September kepada 26.82 juta.
"Penghijrahan luar negara bersih memacu 83 peratus daripada pertumbuhan populasi tahunan sementara baki 17 peratus adalah peningkatan secara dalaman," kata Cho.
Jumlah kelahiran adalah 295,000 dan kematian sebanyak 183,900 direkodkan di Australia dalam tempoh 12 bulan itu, menjadikan peningkatan populasi dalaman melonjak kepada 111,000 orang tetapi menurun sebanyak 3.9 peratus daripada 12 bulan sebelumnya.
Australia Barat mempunyai pertumbuhan populasi tertinggi daripada lapan negeri dan wilayah dalam Australia, sebanyak 3.3 peratus dan Pulau Tasmania terendah pada 0.3 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024

Populasi keseluruhan Australia meningkat sebanyak 659,800 orang dalam 12 bulan sehingga September kepada 26.82 juta.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Mayat 28 migran ditemukan dalam kubur besar di selatan Libya
Kubur besar itu ditemukan di utara bandar Kufra, lokasi di mana puluhan migran pernah ditahan.

Kumpulan pertama migran dihantar pulang tiba di Colombia dari AS
Warga Colombia itu diterbangkan dari Houston, Texas dan San Diego, California atas arahan Presiden Colombia Gustavo Petro.

Lebih 1,000 migran jalan kaki teruskan perjalanan masuk AS
Lebih 1,000 migran, termasuk beberapa warga Venezuela, memulakan perjalanan dari bandar Tapachula di selatan Mexico menuju ke Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.

Trump mahu hukuman mati terhadap migran yang bunuh rakyat AS, polis
Trump ketika berucap di Pittsburgh, Pennsylvania, sekali lagi merungut mengenai kemasukan migran di sempadan selatan AS.

Lapan maut cuba seberangi Selat Inggeris dari Perancis
Sebuah bot yang membawa 59 migran dilihat sejurus sebelum tengah malam berhampiran Bandar Ambleteuse, Pas-de-Calais.

PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda
Dasar Rwanda akan dibatalkan kerana hanya kira-kira 1 peratus pemohon suaka akan dikeluarkan dan ia akan gagal bertindak sebagai penghalang.

Peningkatan ketibaan migran lonjakkan pertumbuhan populasi Australia
Pengambilan masuk migran di Australia meningkat dan mencapai rekod tertinggi, memacu kepada lonjakan pertumbuhan populasi di negara ini.

Bot karam di Mediterranean: 49 migran diselamatkan pengawal pantai Itali
Seramai 49 migran yang dalam perjalanan dari Afrika Utara ke Eropah berjaya diselamatkan pengawal pantai Itali dalam kejadian bot karam di Laut Mediterranean.

10 individu terlibat penyeludupan migran ditahan
Lima daripada individu berkenaan melibatkan dua tekong laut, dua tekong darat dan seorang transporter.

Polis tahan lelaki disyaki penjaga rumah penampungan dan 12 warga asing
Suspek ditahan bersama 10 lelaki dan dua wanita warga asing berusia lingkungan 20 hingga 46 tahun dalam serbuan pada 1.30 pagi.