KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan menjalankan operasi di seluruh negara susulan surat seorang aktivis hak migran kepada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) berhubung nasib pekerja Bangladesh di Malaysia.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata operasi itu bagi memastikan tiada unsur seperti didakwa dalam surat berkenaan berulang termasuk isu persekitaran tidak kondusif dan golongan pekerja asing dibelenggu hutang.
"Memang saya serius mengenai perkara-perkara ini sebab saya mahu mengelakkan semua yang berlaku di luar daripada (melanggar) undang-undang.
"Saya juga mahu supaya sesiapa sahaja yang terlibat dalam hal ini supaya tidak mengulangi perkara-perkara seperti ini dan kita mahu hindari daripada berlakunya unsur buruh paksa di negara kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jelajah MADANI Bersama Menteri Sumber Manusia siri ketiga di Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Gombak, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media tempatan mengenai aktivis Andy Hall yang menulis surat kepada OHCHR, sebuah badan di bawah Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) di Switzerland, mendakwa ratusan warga Bangladesh dibelenggu hutang dan tanpa pekerjaan di negara ini.
Menyentuh mengenai isu rakyat Malaysia yang sering terperdaya dengan scam atau penipuan pekerjaan di luar negara, Sivakumar berkata pihaknya akan terus memberikan penerangan dan peringatan agar rakyat, khususnya golongan belia, mendapatkan kepastian dan tidak terpengaruh dengan janji 'bulan dan bintang' ejen.
Beliau berkata KSM menerusi Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) juga sedang menjalankan pelbagai usaha untuk memastikan pelajar mengetahui potensi pekerjaan di negara ini, selain mewujudkan lebih banyak peluang dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) agar mereka tidak bergantung kepada luar negara.
Sivakumar turut memaklumkan permohonan kemasukan ke 1,334 institusi TVET di seluruh negara untuk sesi Januari 2024 telah dibuka, bermula 30 Okt lepas hingga 13 Nov ini.
"Saya memohon golongan belia merebut peluang untuk menceburi bidang TVET kerana kursus ditawarkan disesuaikan mengikut keperluan pasaran guna tenaga, sekali gus menjamin peluang pekerjaan pada masa depan," katanya.
Menurut Sivakumar, kerajaan telah mengarusperdanakan latihan kemahiran TVET sebagai pilihan utama dengan membuka luas peluang latihan kemahiran kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan status sosioekonomi.
Mengenai progam hari ini, beliau berkata lebih 1,000 pekerjaan ditawarkan kepada pencari kerja melibatkan 10 majikan dan ia merupakan usaha berterusan kerajaan bagi memastikan pencari kerja termasuk golongan rentan di Selangor mendapat peluang pekerjaan dari pelbagai sektor.
Pada program itu, sebanyak 150 bakul makanan diagihkan kepada golongan memerlukan dan 10 komputer riba diberikan kepada pelajar cemerlang daripada keluarga kurang berkemampuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 05 2023
Sivakumar berkata operasi itu bagi memastikan tiada unsur seperti didakwa dalam surat berkenaan berulang termasuk isu persekitaran tidak kondusif dan golongan pekerja asing dibelenggu hutang. - Gambar fail/Bernama
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pelbagai universiti untuk melanjutkan tempoh latihan amali bagi mahasiswa.
Kesuma komited pastikan keselamatan pekerja di tempat kerja sentiasa terjamin
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) komited untuk memastikan keselamatan pekerja ketika berada di tempat kerja sentiasa terjamin.
Lebih 600,000 pekerja di Malaysia mungkin terkesan dengan AI dalam tempoh 5 tahun
Lebih 600,000 Pekerja Di Malaysia Mungkin Terkesan Dengan AI Dalam Tempoh 5 Tahun
Perkeso kuat kuasa had siling gaji baharu untuk caruman berkuat kuasa hari ini
Perkeso akan menguatkuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan, mulai hari ini.
Empat perundangan di bawah KESUMA kuat kuasa esok
Empat perundangan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan mula berkuat kuasa esok bagi menambah baik prinsip kebebasan berkesatuan dan perundangan kolektif.
Belanjawan 2025: KESUMA tumpu perkasa institusi TVET di bawah kementerian
Kementerian Sumber Manusia menumpukan agenda memperkasakan institusi TVET di bawah kementerian itu menerusi Belanjawan 2025.
Dewan Negara lulus dua RUU di bawah KESUMA
RUU itu masing-masing diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Lebih 300 majikan mohon sertai projek rintis Dasar Gaji Progresif
Kementerian Sumber Manusia menerima 362 permohonan daripada majikan yang ingin menyertai projek rintis Dasar Gaji Progresif sejak diperkenalkan.
HRD Corp: SPRM hadir ke Kesuma dapatkan dokumen untuk siasatan
Selepas hampir sejam, pegawai SPRM itu dilihat keluar dari bangunan Kesuma dengan membawa beberapa dokumen dan beredar.
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.