MOSCOW: Kesatuan juruterbang dan Syarikat Penerbangan Scandinavia (SAS) telah mencapai persetujuan menamatkan mogok selama 15 hari yang mengakibatkan pembatalan beribu-ribu penerbangan dan menyebabkan kerugian berjuta-juta dolar, lapor Sputnik, memetik kenyataan SAS pada Selasa.
Konflik antara kesatuan juruterbang dan SAS tercetus pada awal Jun.
Mengikut anggaran syarikat penerbangan itu, mogok yang dilancarkan selama 15 hari telah menjejaskan 380,000 penumpang dan menyebabkan 3,700 penerbangan dibatalkan serta kerugian melebihi US$145 juta.
"Saya berbesar hati memaklumkan bahawa kami telah mencapai persetujuan dengan keempat-empat kesatuan juruterbang untuk SAS Scandinavia dan mogok telah berakhir.
"Akhirnya, kami boleh menyambung semula operasi penerbangan pada cuti musim panas. Saya kesal susulan begitu ramai penumpang kami telah terjejas akibat mogok ini," Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SAS Anko van der Werff dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan media.
Menerusi perjanjian 5.5, SAS akan menggaji semula 450 juruterbang yang diberhentikan kerja dan menambah bilangan penerbangan sehingga 2024.
Beberapa usaha akan dilaksanakan untuk meningkatkan produktiviti juruterbang SAS dan fleksibiliti ketika operasi bermusim, menurut kenyataan itu.
Perjanjian itu juga mensyaratkan juruterbang dan kesatuan syarikat penerbangan untuk membatalkan saman mereka terhadap SAS.
Perjanjian itu perlu disahkan oleh semua kesatuan yang terlibat serta mahkamah persekutuan Amerika Syarikat (AS) memandangkan syarikat itu sedang menjalani penstrukturan semula kewangan dan proses itu dijangka mengambil masa beberapa minggu.
Beberapa siri gangguan penerbangan akan berterusan untuk beberapa hari akan datang, sebelum kembali pulih, menurut kenyataan itu.
SAS merupakan syarikat penerbangan terkemuka di wilayah Nordic dengan hab utama terletak di Copenhagen, Oslo dan Stockholm.
Syarikat penerbangan itu melakukan penerbangan ke pelbagai destinasi di Eropah, AS dan Asia.
--BERNAMA
Bernama
Tue Jul 19 2022
![450 juruterbang digaji semula, kesatuan, SAS setuju tamat mogok 15 hari 450 juruterbang digaji semula, kesatuan, SAS setuju tamat mogok 15 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658224532_SAS.jpg)
SAS akan menggaji semula 450 juruterbang yang diberhentikan kerja dan menambah bilangan penerbangan sehingga 2024. - Gambar/ airpics.net
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721138010_HannahYeoh.jpg)
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![SAS bakal sediakan perkhidmatan pesawat laut ke Pulau Perhentian SAS bakal sediakan perkhidmatan pesawat laut ke Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662776302_TBpelancongan.jpg)
SAS bakal sediakan perkhidmatan pesawat laut ke Pulau Perhentian
Ini juga akan menjadikan SAS sebagai pengendali aerodrome air pertama di negara ini.
![450 juruterbang digaji semula, kesatuan, SAS setuju tamat mogok 15 hari 450 juruterbang digaji semula, kesatuan, SAS setuju tamat mogok 15 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658224532_SAS.jpg)
450 juruterbang digaji semula, kesatuan, SAS setuju tamat mogok 15 hari
Kesatuan juruterbang dan Syarikat Penerbangan Scandinavia (SAS) telah mencapai persetujuan menamatkan mogok selama 15 hari.
![SDAR, MCKK juara bahas PPM ke-46 SDAR, MCKK juara bahas PPM ke-46](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61564898130_PialaPerdanaMenter.jpg)
SDAR, MCKK juara bahas PPM ke-46
Kedua-dua sekolah yang menjadi juara menerima hadiah wang tunai RM3,000 bersama piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.