JAKARTA: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan enam lagi cedera akibat tanah runtuh di sebatang jalan raya di wilayah Sulawesi Selatan di Indonesia pada pagi Isnin, kata seorang pegawai, lapor Xinhua.

Pemangku Ketua Agensi Pengurangan Bencana Sulawesi Selatan Amson Pandolo berkata tanah runtuh di Bastem Utara kira-kira 9 pagi waktu tempatan itu disebabkan oleh hujan lebat yang melanda pada petang Ahad.

Lebih 20 orang dilaporkan terjejas akibat tanah runtuh itu.

Pandolo berkata pasukan penyelamat telah mengeluarkan mayat mangsa dan membawa mangsa yang cedera ke pusat kesihatan masyarakat di kampung berhampiran.

Beliau berkata lebih daripada 10 motosikal dan dua kereta tertimbus dalam tanah runtuh itu.

Menurut beliau, bencana itu telah merosakkan jalan raya dan beberapa buah kampung terputus hubungan.

-- BERNAMA