Konflik dan ketidakstabilan di Syria, Afghanistan, Somalia, Sudan dan Sudan Selatan mengakibatkan perpindahan sekurang-kurangnya 4.5 juta kanak-kanak, kata UNICEF menjelang mesyuarat peringkat tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai krisis migran dan pelarian global.
Sejak awal 2015, lebih setengah juta orang telah merentasi Mediterranean untuk masuk ke Eropah dengan satu perlima daripada mereka yang tiba di perairan Eropah adalah kanak-kanak.
"Sama ada mereka melarikan diri melalui jalan laut atau darat, mereka lazimnya bergantung kepada belas kasihan penyeludup dan terpaksa menanggung kesan fizikal dan psikologi akibat perang, kehilangan tempat tinggal serta permusuhan," kata Afshan Khan, Pengarah Program Kecemasan UNICEF.
Kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal ini memerlukan respons yang komprehensif, sepakat dan mapan, katanya.
Afshan berkata UNICEF terus komited dalam menyediakan sokongan yang amat diperlukan semasa kanak-kanak terbabit melakukan perjalanan ke arah memburu masa depan lebih terjamin.
Di Syria, UNICEF menyediakan bekalan air, sanitasi, suntikan vaksin dan sekolah, manakala di Eropah pula agensi itu mewujudkan ruang mesra kanak-kanak dan bekerjasama dengan negara tuan rumah dalam menyediakan kemudahan terbaik buat mereka.
Di negara membangun, UNICEF membantu menangani punca wujudnya kemiskinan dan kekurangan peluang.
Bersempena mesyuarat PBB itu, UNICEF akan menganjurkan Twitter bergilir-gilir hari ini (@UNICEF, 8 pagi EST) untuk membawa luahan hati empat kanak-kanak Syria yang kini tinggal di Austria, Jordan dan Turki.
Bernama
Wed Sep 30 2015
Kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal ini memerlukan respons yang komprehensif, sepakat dan mapan, kata UNICEF.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Kyrgyzstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi pengganas
Kyrgyzstan mengeluarkan Taliban daripada senarai organisasi yang diharamkan, menurut Kementerian Luar Kyrgyz pada Jumaat, lapor Xinhua.
Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi
Kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi mengurangkan kuasa beli rakyat Afghanistan secara drastik, menyukarkan mereka untuk melaksanakan ibadah korban.
Tehran dakwa penjajahan asing sebagai punca utama masalah Afghanistan
Punca masalah dan cabaran Afghanistan ialah pendudukan negara itu sebelum ini dan kurangnya perhatian terhadap pembangunan ekonominya oleh bekas penjajah.
Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup
Pihak berkuasa Pakistan menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman.
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.
Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.
Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.
Genosid di Gaza hancurkan 'kredibiliti' pertubuhan dunia - Afghanistan
Afghanistan mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel itu kerana meneruskan pengeboman yang membunuh ratusan rakyat Palestin sejak jeda kemanusiaan tamat pada Jumaat.
Gempa bumi landa barat laut Afghanistan, 100 cedera
Sekurang-kurangnya 100 orang cedera selepas satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat laut Afghanistan pada Ahad.
80 cedera dalam gempa bumi kuat di Afghanistan
Menurut penduduk tempatan, kebanyakan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.