Seramai 37 militan al-Shabaab maut dalam dua serangan udara dilancarkan tentera Amerika Syarikat (AS) di rantau Debatscile, Somalia.
Menurut kenyataan Komando Tentera AS di Afrika, serangan pada Isnin itu turut melibatkan tentera Somalia.
Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa membabitkan orang awam dilaporkan.
Al-Shabaab melancarkan pemberontakan di Somalia lebih sedekad, menyaksikan puluhan ribu nyawa terkorban dan jutaan penduduk hilang tempat tinggal.
Tentera AS dan Kesatuan Afrika ditugaskan untuk memerangi kumpulan militan itu.
Pada peringkat awal penglibatan tentera AS pada tahap minimum, Presiden Donald Trump kemudian memberikan kuasa lebih banyak untuk pasukan itu meningkatkan serangan.
AFRICOM dalam satu kenyataan berkata pasukannya akan terus bekerjasama dengan tentera Somalia tempatan untuk menghapuskan ancaman al-Shabaab.
-- BERNAMA-NNN-AGENSI
Bernama
Wed Nov 21 2018
Seorang anggota tentera sedang mengawal keadaan selepas satu kejadian serangan oleh kumpulan al Shabaab ke atas konvoi Kesatuan Eropah di Mogadishu, Somalia, 1 Okt, 2018. REUTERS/Fail
Bernie Sanders dipilih semula di Vermont, peroleh penggal keempat di Senat AS
Senator bebas Bernie Sanders menewaskan Gerald Malloy bagi memperoleh penggal keempat di Senat AS.
Arkib Negara harap terbitkan Daftar Kata Bahasa Kolokial sebagai usaha martabat bahasa kolokial
Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial bertujuan untuk menaikkan martabat bahasa perbualan yang belum diterokai, dikaji dan didokumentasikan.
FBM KLCI meningkat pada sesi pembukaan menjelang keputusan OPR, pilihan raya presiden AS
Indeks utama Bursa Malaysia meningkat pada sesi pembukaan pada Rabu, dengan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat 1,615 hingga 1,625 mata.
Cheong Min rindu bergelar juara dunia
Ratu wusyu negara, Tan Cheong Min mengakui rindu untuk mengulangi kejayaan merangkul gelaran juara dunia pada 2019 di Shanghai.
Majlis tontonan Pilihan Raya Presiden AS di Kuala Lumpur
Bersama rakan setugas Khalis Kadir di lokasi majlis tontonan Pilihan Raya Amerika Syarikat yang dianjurkan oleh Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.
Sistem pendidikan asas pembentukan integriti individu - Syed Hamid Albar
Sistem pendidikan negara memainkan peranan utama dalam membentuk konsep integriti yang akan menentukan karakter dan nilai seseorang individu, kata bekas Menteri Luar, Syed Hamid Albar.
AWANI Ringkas: Menangani isu PPR di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 6 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 November 2024
1️⃣ Tumpuan di Sidang Parlimen
2️⃣ Menangani isu PPR di Malaysia
3️⃣ Siapa jadi pilihan antara Trump atau Harris?
#awaniringkas
1️⃣ Tumpuan di Sidang Parlimen
2️⃣ Menangani isu PPR di Malaysia
3️⃣ Siapa jadi pilihan antara Trump atau Harris?
#awaniringkas
AS Memilih: Kesan pilihan raya Presiden AS kepada dunia
Pilihan raya kali ini mungkin akan menjadi antara yang paling sengit dalam sejarah AS. Bagaimana polisi perdagangan Trump dan Harris boleh memberi kesan kepada kedudukan Malaysia dalam hubungan ekonomi dengan kedua-dua kuasa besar ini?
MyCC sudah siapkan laporan kajian kartel padi, beras - Fuziah
Laporan itu adalah antara usaha kerajaan mengawal harga padi dan beras dengan antara tumpuan adalah menumpaskan kartel yang wujud.
37 militan al-Shabaab maut dalam dua serangan udara AS di Somalia
Serangan pada Isnin itu turut melibatkan tentera Somalia sementara tiada kecederaan atau kehilangan nyawa membabitkan orang awam dilaporkan.